MUZIK video (MV) terbaharu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Magis menerima pelbagai reaksi penonton antaranya mengenai lokasi penggambaran MV berkenaan. Menerusi perkongsian video disebalik tabir yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, rata-rata netizen terkejut melihat rakaman tersebut yang pada mulanya dianggap dilakukan di sebuah gereja. Dalam perkongsian yang dibuat, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 45, dilihat menggayakan busana rona kuning dan diiringi beberapa orang wanita yang masing-masing duduk di barisan kerusi. Netizen memberi pelbagai reaksi berbeza terhadap muzik video Magis. Bagaimanapun, difahamkan lokasi penggambaran muzik video tersebut dilakukan di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. "Terkejut aku, ingat sembahyang di gereja tadi. Adoi! "Kerusi itu macam di gereja. Mujur aku baca komen dulu. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza tersenarai antara 500 Muslim berpengaruh dunia 10 tahun berturut-turut ARTIKEL BERKAITAN: Impian jadi srikandi terlaksana, peminat kagum tengok Siti Nurhaliza buat babak aksi... Belajar bertarung di lokasi penggambaran "Betul-betul nampak macam dalam gereja," tulis netizen. Untuk info, bangunan dan hiasan dalaman ISTAC diinspirasikan daripada seni bina Andalusia-Maghribi. Seni bina ini dipilih sebagai kenangan dan inspirasi kegemilangan umat Islam di Sepanyol suatu ketika dahulu. Institut berkenaan didirikan oleh Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas dan dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!