suria

Nabila Huda terguris pemilik buang kucing sakit, kisah Aoki harap wujud belas kasihan terhadap haiwan

Nabila mahu beri kesedaran tentang penjagaan haiwan yang sakit.

NIAT pelakon Nabila Huda berkongsi perjalanan terakhir kucing kesayangannya sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang mengasihani haiwan.

Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 40, berkata, dia tidak boleh menerima kenyataan jika ada pihak bertindak membuang haiwan peliharaan mereka apabila dijangkiti penyakit.

Jelasnya, masalah kewangan bukan alasan membuang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah.

"Kucing ini sebenarnya adalah nyawa dan darah daging kita sebaik sahaja kita mengambil keputusan membela mereka.

Nabila menjaga Aoki sehingga ke akhir hayat.

Nabila menjaga Aoki sehingga ke akhir hayat.

"Jadi jagalah betul-betul, jangan kalau ia sakit kita buang! Ia seolah-olah anda membuang anak sendiri ketika mereka sakit.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu perkongsian kisah mengenai kucingnya iaitu Aoki diharap dapat membuat pencinta haiwan lain peka terhadap penyakit dihidapi haiwan peliharaan mereka.

"Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kesayangan akhirnya ‘pergi’, Nabila Huda sedih menangis teresak-esak

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Huda seronok kerja dengan Kasih Leona, sporting menari TikTok... “Dia bijak, bukan budak bimbo”

"Masa awal-awal Aoki memang tiada petunjuk tapi bila doktor jelaskan simptomnya baru saya tersedar untuk lebih peka dalam menjaga haiwan kesayangan mereka.

"Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda boleh pengikut saya jadikan rujukan," ujarnya.

Pada 2 Oktober lalu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat.

Jangan kalau ia (kucing) sakit kita buang! Ia seolah-olah anda membuang anak sendiri ketika mereka sakit.

NABILA HUDA

PELAKON

Sebelum Aoki disahkan mati, pelakon filem Munafik ini ada memuat naik beberapa perkongsian keadaan Aoki yang sangat lemah menerusi Instastory.

Doktor memberikan dua pilihan sama ada untuk meninggalkan Aoki di hospital untuk tujuan pemantauan ataupun membawanya pulang ke rumah.

Bagaimanapun aktres itu memilih untuk membawa Aoki pulang dan menjaganya sendiri.

Nabila masih bersedih atas kehilangan kucing kesayangannya.

Nabila masih bersedih atas kehilangan kucing kesayangannya.

Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini.

Hikayat Bawang Putih Bawang Merah mengisahkan tentang Putih, seorang gadis yang dilayan dengan kejam oleh ibu tirinya Mak Kundur (lakonan Nabila) dan adik tirinya Merah.

Dalam usaha melarikan diri, Putih bertemu Pari-Pari Embun dan Putera Badlishah yang berjanji untuk membantu mengubah jalan hidupnya.

Selain Kamal, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Nabila Huda, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain