suria

Wajah Fattah Amin dikatakan mirip Jungkook BTS, netizen kata dah lama perasan memang nampak sama

Fattah dikatakan mirip dengan penyanyi Korea, Jungkook (kiri).

SEJAK kisah penceraian heboh diperkatakan di media sosial, nama pelakon Fattah Amin mula menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Terbaharu, wajah pelakon filem KL Special Force itu dikatakan seiras seperti penyanyi popular Korea Selatan iaitu Jungkook BTS.

Menerusi perkongsian video yang tular di TikTok, peminat membandingkan wajah Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dan Jungkook, sekali gus memperlihatkan persamaan paras rupa yang dimiliki mereka.

Netizen berpendapat wajah Fattah seiras Jungkook.

Netizen berpendapat wajah Fattah seiras Jungkook.

"Tengok Fattah sekarang ini macam familiar, saya ingat saya seorang sahaja yang rasa Fattah macam Jungkook.

"Selain mata dia, mulut pun sama macam Jungkook kalau buang misai itu. Ya dengan cara dia pun lebih kurang sama.

"Dah perasan lama dah, tapi pendam sahaja takut orang kecam," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fattah Amin tak curangi Fazura, tuduhan gagal beri nafkah cubaan cemar nama baiknya

Hasil semakan mStar, peminat sudah lama melihat persamaan wajah antara Fattah dan Jungkook namun selepas penceraian aktor berkenaan bersama isteri iaitu Fazura, perkara ini dibangkitkan semula di media sosial.

Pada 7 Oktober lalu, Fattah melafazkan cerai terhadap Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor.

Lafaz itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain