suria

[V] 7 tahun kahwin takkan suka-suka nak cerai, Kamal Adli tidak berpihak kepada Fattah atau Fazura

SUSULAN kisah penceraian pasangan Fattah Amin dan Nur Fazura menjadi bualan hangat netizen, pelakon Kamal Adli pula memilih untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Mengenali pasangan itu sebagai rakan artis, Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, bagaimanapun berkata dia sebagai orang luar tidak mengetahui masalah sebenar yang berlaku antara mereka.

"Saya tidak memihak kepada sesiapa dan hanya mendoakan yang terbaik. Dua-dua (Fattah dan Fazura) saya kenal tapi saya tidak mengenali mereka secara peribadi.

"Saya boleh sahaja cakap contohnya saya bekerja dengan dia di set penggambaran, dia memang baik tetapi di rumah kita tidak tahu apa yang berlaku.

Kamal memilih untuk berdiam diri dan tidak mengulas tentang rumah tangga rakan artis.

Kamal memilih untuk berdiam diri daripada mengulas tentang kisah rumah tangga rakan artis.

"Saya tidak berani kerana kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka (suami isteri). Lebih baik saya diam, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk mereka (Fattah dan Fazura)," katanya kepada mStar.

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama, Petaling Jaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Kamal memberitahu dia percaya Fattah dan Fazura mempunyai alasan serta sebab tersendiri untuk mengakhiri hubungan itu.

Malah, tiada mana-mana suami isteri yang mahukan rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli hanya gelak dakwaan hubungan dengan isteri retak, kasihan Uqasha Senrose sering jadi mangsa fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal minta berhenti buli Fattah dan Fazura, jangan menilai rumah tangga orang... “Ibu bapa saya kahwin 30 tahun pun cerai”

"Mereka pun kawan-kawan dalam industri seni ini juga, ada sebab kenapa mereka berkahwin dan ada sebab kenapa mereka bercerai. Takkan suka-suka tujuh tahun hidup bersama (contoh) tapi akhirnya nak bercerai.

"Mesti ada perkara yang besar tidak lagi mampu mereka tanggung. Saya pun tak tahu. Saya tak berani nak cakap," ujarnya.

Mengulas lanjut berkenaan isu penceraian dalam kalangan artis, Kamal menolak dakwaan kononnya perkahwinan sesama selebriti sukar untuk kekal lama.

Dua-dua (Fattah dan Fazura) saya kenal tapi saya tidak mengenali mereka secara peribadi.

KAMAL ADLI

PELAKON

Kata pelakon drama Black ini, kebahagiaan itu terletak bagaimana mereka sendiri mengawal diri menangani sebarang isu serta kemelut rumah tangga.

"Saya rasa perkara (cerai) ini heboh diperkatakan sebab kami ini pelakon sahaja. Orang di luar sana mungkin lebih teruk ada macam-macam lagi kes rumah tangga.

"Cuma bila berita penceraian artis ini diberi perhatian, ia jadi isu yang besar. Saya tidak kata perkahwinan sesama artis ini satu risiko, semuanya terpulang kepada bagaimana kita mengawal diri sendiri.

Kamal hanya mampu mendoakan yang terbaik buat rakan artis.

Kamal hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Fattah dan Fazura.

"Contohnya isu curang, itu hak kita sendiri. Curang inikan satu pilihan. Memang akan lebih ramai wanita atau lelaki yang lebih menawan jadi itu semua atas diri sendiri untuk mengawal perasaan," katanya.

Untuk info, Fattah dan Fazura bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain