suria

Aina Abdul naik bas angkut 30 orang penyokong datang ABP... Kali ini berkebarung, ibu minta pakai sopan

Aina hadir ke acara ABPBH36 menaiki bas persiaran.

SERING kali tampil dengan fesyen di luar kebiasaan ketika menghadiri malam anugerah hiburan, kehadiran penyanyi Aina Abdul di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada malam Jumaat dinanti-nanti oleh peminat.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, dilihat tiba menaiki sebuah bas persiaran sebelum berhenti di hadapan pintu masuk menuju ke acara karpet merah.

Kata Aina, dia memilih untuk tampil dengan pakaian lebih sopan kerana enggan terpalit kontroversi seperti tahun sebelumnya.

Aina tampil lebih bersederhana pada malam kemuncak ABPBH36.

Aina tampil lebih bersederhana pada malam kemuncak ABPBH36.

"Ibu minta saya tampil lebih sopan tahun ini.

"Sebab tahun lepas orang kecam penampilan saya, jadi saya dah tak nak macamtu.

"Saya nak orang sayang saya tahun ni," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul datang ABPBH35 naik lori berkaca, busana ‘oversize’ Behati curi tumpuan

ARTIKEL BERKAITAN: “Naik lori pun kena nampak gah” - Berhabis di ABPBH35, Aina Abdul puas genggam trofi penyanyi popular

Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui di Malam Kemuncak ABPBH36 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Penyanyi ini kelihatan anggun mengenakan baju kebarung moden bewarna golver (emas dan perak) rekaan Amazae Official.

Selain itu, seramai 30 orang peminat turut hadir bersama Aina di dalam bas berkenaan bagi memberikan sokongan pada artis kesayangan mereka.

Pada tahun lalu, Aina mengenakan blazer besar berwarna merah di ABPBH35 dan menerima kecaman hebat netizen.

Aina tercalon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular bersama empat lagi calon lain iaitu Adira Suhaimi, Ernie Zakri, Siti Nordiana dan Stacy.

Aina tercalon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Aina tercalon bagi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Selain itu, antara artis yang hadir memeriahkan acara karpet merah ABPBH36 ialah Rita Rudaini, Sophia Albarakbah, Harissa Adlynn, Alya Iman, Meerqeen, Aedy Ashraf, Amir Ahnaf, Hannah Delisha dan ramai lagi.

ABPBH 36 mempertaruhkan 16 kategori Utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH36 dihoskan oleh tiga pengacara iaitu Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain