suria

KJ tepati ramalan, dalam sejarah ahli politik menang Penyampai Radio Popular ABPBH36

KJ memenangi kategori Penyampai Radio Popular ABPBH 36.

SEPERTI dijangka, bekas ahli politik yang kini penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin berjaya merangkul trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) pada malam Jumaat.

Bersyukur atas kejayaan itu, Khairy atau lebih mesra disapa KJ, berkata kemenangannya itu hasil kerja kerasnya berkempen sebelum ini.

“Nasib baik menang!,” katanya ketika menerima trofi berkenaan yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

KJ sentiasa percaya kepada rezeki.

KJ sentiasa percaya kepada rezeki.

KJ menewaskan empat calon lain bagi kategori berkenaan iaitu Sharifah Shahira, Tyzo, DJ Sonic dan Haiza.

Dalam pada itu, KJ bersyukur kerana diberi peluang menjadi penyampai radio dan ternyata rezekinya dalam bidang penyiaran.

“Dalam hidup ini, kalau pintu rezeki ditutup, pintu rezeki lain akan dibuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Khairy Jamaluddin tercalon top 5 Penyampai Radio Popular ABPBH36

ARTIKEL BERKAITAN: Isu KJ sindir PMX, Fahmi Fadzil minta rujuk pengurusan Hot FM

“Alhamdulillah, do your best Allah will do the rest (buat yang terbaik, Allah akan bagi yang paling baik),” katanya.

KJ menjadi penyampai radio bergandingan dengan Fara Fauzana, Johan dan AG dalam segmen Bekpes Hot setiap pagi Isnin.

ABPBH 36 mempertaruhkan 16 kategori Utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH36 dihoskan oleh tiga pengacara iaitu Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain