suria

Tahniah! Aina Abdul Bintang Paling Popular, terima lebih 8 juta undian... Bawa pulang trofi dan kereta

Aina dinobat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 36.

PENYANYI Aina Abdul diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada malam Jumaat.

Bersyukur atas kemenangan itu, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 30, yang menerima lebih 8 juta undian menunjukkan trofi utama itu kepada ibu dan kelab peminatnya.

"Terima kasih kepada ibu saya, kelab peminat, Aination. Ini untuk semua usaha anda mengundi saya tanpa jemu.

"Satu pesanan saya, jangan putus asa,Allah SWT sentiasa ada untuk hambaNya yang berusaha," ucapnya.

Aina mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.

Aina mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan.

Selain trofi dan kepingan bar emas seberat 18 gram, pelakon itu turut membawa pulang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Toyota Harrier yang ditaja oleh penaja, Conboo.

Selain itu, Aina juga merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular pada malam berkenaan.

Sementara itu, komposer S. Atan menerima anugerah khas, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Ahli politik yang juga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin menepati ramalan dengan muncul sebagai pemenang bagi kategori Penyampai Radio Popular menumpaskan empat calon lain iaitu DJ Sonic, Haiza, Sharifah Shahirah dan Tyzo.

ARTIKEL BERKAITAN: KJ tepati ramalan, dalam sejarah ahli politik menang Penyampai Radio Popular ABP

ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul naik bas angkut 30 orang penyokong datang ABP... Kali ini berkebarung, ibu minta pakai sopan

Bagi kategori Aktor Filem Popular dimenangi pelakon Aedy Ashraf manakala Aktres Filem Popular milik Fasha Sandha.

Sementara itu, pelakon Raja Ema membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang Aktres Pembantu Filem Popular menewaskan empat calon muda disamping Alif Hadi yang memenangi bagi kategori lelaki.

Antara barisan artis yang akan membuat persembahan semasa malam kemuncak ialah De Fam, Hazama, Ernie Zakri, Zamani, Marsha Milan, Kumpulan Spider, Haqiem Rusli, Usop, Syamel dan Hael Husaini.

Fasha memenangi kategori Aktres Filem Popular.

Fasha memenangi kategori Aktres Filem Popular.

Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH36

1. Artis Baharu Lelaki Popular - Shah Rhady

2. Artis Baharu Wanita Popular - Erysha Emyra.

3. Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

4. Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul

5. Aktor Filem Popular - Aedy Ashraf

6. Aktres Filem Popular - Fasha Sandha

7. Aktor Pembantu Filem Popular - Alif Hadi

8. Aktres Pembantu Filem Popular - Raja Ema

9. Aktor TV Popular - Hun Haqeem

10. Aktres TV Popular - Anna Jobling

11. Aktor Pembantu TV Popular - Shah Iskandar

12. Aktres Pembantu TV Popular - Rita Rudaini

13. Penyampai Radio Popular - Khairy Jamaluddin

14. Pengacara TV Popular - Uyaina Arshad

15. Artis Komedi Popular - Senario

16. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular - Dolla.

Senarai kategori Ekstra Tonton Paling Popular

1. Couple Drama Popular - Amir Ahnaf dan Anna Jobling (Syurga Itu Bukan Mudah)

2. Couple Filem Popular - Bront Palarae dan Nadiya Nisaa (Harum Malam)

3. Watak Antagonis Drama Popular - Aleza Shadan

4. Lagu Paling Boom Popular - Ernie Zakri dan Govinda (Masing-Masing)

5. Artis Sensasi Popular - Siti Nordiana

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain