suria

Ini kali pertama Aedy Ashraf menang anugerah selepas 24 tahun jadi artis, pesan pelakon muda jangan berhenti berangan

Aedy akhirnya berjaya merangkul anugerah pertama.

SELEPAS 24 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pelakon Aedy Ashraf tidak menyangka dia akhirnya berjaya merangkul anugerah pertama menerusi Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) pada malam Jumaat.

Bersyukur dengan anugerah itu, Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 31, berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang trofi sebelum ini kerana lakonan merupakan minatnya dari dahulu.

"Saya tak pernah pegang anugerah tiba-tiba dapat pelakon filem popular, saya sangat gembira dan bersyukur.

aedy2 - 1

Aedy tidak pernah meletakkan sebarang harapan untuk memenangi sebarang anugerah.

"Saya juga tak pernah letak sebarang anugerah sebagai penanda aras sebab saya seronok dan suka berlakon, seikhlas mungkin," katanya kepada mStar.

Aedy berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.

Dalam pada itu, Aedy berkata tiada masalah untuk pelakon muda memiliki impian besar memenangi anugerah di tahap tertinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Aina Abdul Bintang Paling Popular, terima lebih 8 juta undian... Bawa pulang trofi dan kereta

ARTIKEL BERKAITAN: KJ tepati ramalan, dalam sejarah ahli politik menang Penyampai Radio Popular ABP

Malah baginya berangan itu percuma jadi tidak salah jika mereka terus memasang impian berkenaan.

"Bagi saya angan-angan sangat penting dan bermimpilah setinggi yang mungkin kerana ia percuma.

"Saya rasa semua orang perlu ada impian yang tinggi dan jika tak sampai setinggi diimpikan tetapi dapat yang hampir pun dah bersyukur," ujarnya.

Sementara itu, Aedy juga tercalon dalam Aktor TV Popular namun tumpas kepada Hun Haqeem.

Untuk info, Aedy memulakan karier sebagai pelakon tambahan seawal usia tujuh tahun.

aedy3 - 1

Aedy tidak menyangka akan memenangi anugerah di ABPBH.

Aedy juga merupakan anak kepada aktres Leeza Zain yang popular sekitar tahun 90-an.

ABPBH36 mempertaruhkan 16 kategori Utama dan lima kategori Ekstra Tonton Paling Popular dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular.

Malam kemuncak ABPBH36 dihoskan oleh tiga pengacara iaitu Didie Alias, Riena Diana dan Haniff Hamzah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain