PENYANYI Celine Dion menyifatkan lagu nyanyian Adele sangat bermakna dan memberi impak dalam hidupnya. Celine, 56, berkata, dia gembira melihat kejayaan dikecapi Adele dan mengagumi bakat luar biasa dimilikinya. "Muzik anda memberi impak dalam hidup saya, ia sangat bermakna kepada saya terutamanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Adele (kiri) terkejut melihat Celine hadir menonton persembahannya di Las Vegas. "Saya sangat gembira untuk anda, saya berharap semua impian anda menjadi kenyataan. Lakukan apa yang ingin anda lakukan atau berehat sebentar (daripada menyanyi). "Anda berada di dalam kelas tersendiri dan anda berhak mendapat yang terbaik. Terima kasih Adele," katanya. Dalam pada itu, Celine memberitahu dia teruja dapat menonton persembahan Adele ketika membuat persembahan residensi di Las Vegas pada 26 Oktober. ARTIKEL BERKAITAN: Celine Dion bakal muncul di pembukaan Olimpik Paris 2024, persembahan pertama selepas derita ‘stiff person syndrome’ ARTIKEL BERKAITAN: Ambil dos ubat berlebihan, Celine Dion nyaris maut Penyanyi lagu My Heart Will Go On itu turut mengucapkan terima kasih kepada Adele kerana menyambut kehadirannya dengan baik di konsert berkenaan. "Adele, terima kasih kerana mengalu-alukan kedatangan saya dan keluarga kembali ke Colosseum untuk sebuah persembahan menakjubkan. "Persembahan anda hebat dan sangat menarik. Ia adalah malam penuh emosi untuk kami semua," ujarnya. Sebelum ini, Adele meluahkan rasa teruja apabila dapat mengadakan konsert di Caesars Palace, Las Vegas kerana ia merupakan ruang khas Celine membuat persembahan residensi selama dua tahun sebelum ini. Penyanyi lagu Skyfall itu turut memuat naik foto penuh emosi memaparkan Celine memegang pipinya sambil kedua-dua mereka menangis terharu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!