suria

Sakan menari lagu ‘Bye Bye Bye’, anak lelaki nampaknya ikut jejak Aliff Syukri - “Tak perlu ujian DNA”

Gelagat Yusof (kiri) mencuri perhatian ramai.

GELAGAT anak lelaki usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida mencuit hati netizen yang menunjukkan bakat sebagai seorang penghibur.

Melihat aksi tarian bersahaja Yusof Al Qardawi, Shahida atau Nur Shahida Mohd Rashid, 39, memberitahu dia tidak perlu melakukan ujian asid deoksiribonukleik atau DNA bagi menganalisis kod genetik anak lelakinya itu.

Kata Shahida, telatah dan sikap Yusof itu sama seperti Aliff yang sebelum ini dikenali kerana mempunyai minat dalam bidang hiburan.

aliff - 1

Aliff dan Shahida hidup bahagia dikurniakan enam cahaya mata.

“Sah-sah genetik Aliff Syukri. Tak perlu ujian DNA,” katanya.

Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam perkongsian tersebut, Yusof dilihat menari riang ketika menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Setia betul Aliff Syukri... Enggan kahwin lain kalau ditakdirkan isteri ‘pergi’ dahulu

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga pernah bergelora tapi jodoh Shahida dan Aliff Syukri masih panjang... “Berpisah bukan tanda berakhirnya hidup”

Yusof menunjukkan bakat menari menggunakan muzik latar lagu Bye Bye Bye daripada kumpulan N’Sync dan Smooth Operator nyanyian Sade.

Rata-rata peminat terhibur melihat gelagat Yusof yang lucu mirip bapanya.

"Ini lain daripada yang lain, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

"Sah mewarisi genetik Aliff," tulis netizen.

Untuk rekod, Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff pada Ogos 2007 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain