suria

Maryam hamil anak kedua, Ryzal Ibrahim menari dapat berita gembira

Rina (kanan) teruja bakal bergelar kakak.

PERSONALITI media sosial Maryam You Narae berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil anak kedua.

Maryam, 31, berkata, dia teruja dengan kehamilan tersebut yang disifatkan membawa kebahagiaan buat mereka sekeluarga.

“Kebahagiaan baru bakal hadir dalam keluarga kami.

maryam - 1

Maryam (kiri) teruja memaklumkan berita kehamilan anak kedua.

“Kami sedang bersiapa sedia menyambut kedatangan anggota keempat keluarga ini,” katanya.

Maryam berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi video yang dikongsi, anak perempuannya Rina teruja memberikan kit ujian kehamilan kepada bapanya iaitu Ryzal Ibrahim untuk memberitahu dia bakal bergelar kakak.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sibuk kerja punca Maryam keguguran, belum ada rezeki timang anak kedua

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam bukan sombong diajak bergambar, utamakan keselamatan anak di tempat awam

Rizal yang ketika itu sedang membasuh pinggan di dapur terkejut sebelum menari girang selepas menerima berita gembira tersebut.

Pada Ogos 2023, Maryam mendedahkan dia mengalami keguguran dan sukar melupakan perkara berkenaan.

Untuk rekod, Maryam yang juga berasal dari Korea Selatan mendirikan rumah tangga dengan Ryzal atau Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim pada 15 Ogos 2019.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Rina yang kini berusia tiga tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain