suria

Baru sehari tayangan, ‘Don Dukun’ berjaya raih kutipan RM1 juta

Filem Don Dukun raih RM1 juta pada tayangan awal.

FILEM Don Dukun melakar sejarah apabila berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan bermula Khamis.

Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad meluahkan rasa syukur atas sambutan diberikan penonton dan berharap filem ini akan terus mendapat sokongan ramai.

"Sambutan memberangsangkan Don Dukun sehingga berjaya meraih kutipan RM1 juta pada hari pertama termasuk tayangan awal ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan.

Untitled design (11)

Barisan pelakon bakal melakukan jelajah promosi.

"Kami amat berterima kasih kepada para penonton yang telah memberi sokongan penuh kepada Don Dukun.

"Ia menjadi inspirasi kepada kami untuk mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu menarik minat pelbagai lapisan masyarakat" katanya menerusi kenyataan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, barisan pelakon filem berkenaan dijadualkan bakal melakukan jelajah promosi di beberapa lokasi termasuk Kedah dan Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend TikTok, netizen kata Zul Ariffin dah ‘rosak’... Rupanya pertama kali jejak kaki ke Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin teruja jadi ‘superhero’, kagum bakat Sofyank mampu tingkatkan kualiti VFX filem tempatan

Don Dukun mengisahkan tentang seorang seorang dukun Instafamous, Don Arif yang sanggup melakukan gimik atau tipu daya demi memikat pengikut di media sosial.

Filem ini diterajui oleh barisan pelakon handalan termasuk Zul Ariffin, Ropie, Datuk Yusof Haslam, Douglas Lim, Marsha Milan, Sangeeta Krishnasamy.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus telah pun mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain