suria

Nabila Razali jadi berani sejak mengandung, suka tengok cerita hantu... Lebih tertarik warna merah

Nabila semakin gemar menonton filem seram meskipun menyedari dirinya seorang penakut.

FASA hamil membuatkan pelakon Nabila Razali mengidam untuk melakukan pelbagai perkara di luar kebiasaannya.

Menurut Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, antara perubahan ketara apabila dia kini gemar menonton filem bergenre seram walaupun dirinya seorang yang penakut.

"Mungkin bayi ini pun ada teringin dia juga, tapi apa yang dia teringin itu kontra dengan apa yang saya buat sebelum ini.

"Kalau macam sekarang ini, saya suka sangat tengok cerita hantu padahal saya seorang yang penakut.

Copy of Untitled - 2024-11-01T123250.698

Nabila berkongsi perkara itu menerusi siara podcast Buka Mulut.

"Saya memang tak tengok cerita hantu sebelum ini, tetapi sejak mengandung saya boleh tengok sepanjang hari," katanya.

Nabila berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast Buka Mulut di Instagram MyAudioPlus.

Selain itu, Nabila turut memberitahu dia semakin tertarik menggayakan pakaian harian berwarna merah sejak berbadan dua.

Jelasnya, merah bukanlah warna kegemaranya sebelum ini memandangkan dia lebih meminati rona lembut dan gelap.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali mahu rasa pengalaman mengidam benda pelik, sekarang cuma teringin makan burger Ramly

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali hamil anak pertama, dijangka bersalin Januari 2025

"Ada banyak perubahan saya rasakan, tiba-tiba saya pakai warna merah walaupun saya bukan peminat warna tersebut.

"Saya ni suka warna yang neutral, saya tak akan pakai warna merah melainkan tuntuan kerja. Dalam almari saya tak ada pun warna merah itu," ujarnya.

Tidak pernah mengidam perkara pelik, Nabila mengakui dia teringin untuk merasai pengalaman tersebut semata-mata mahu melihat permintaannya ditunaikan suami.

"Saya selalu tertanya macam mana orang boleh mengidam pelik-pelik. Ada yang nak makan sampai ke Sarawaklah, nak beli itu beli ini.

553 (34)

Nabila mengumumkan kehamilannya pada 4 Oktober lalu.

"Saya pun teringin juga begitu, sekurang-kurangnya adalah benda yang boleh diminta pada suami," ujarnya.

Pada 4 Oktober lalu, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari ini.

Untuk rekod, Nabila dan usahawan Nik Iruwan Nik Izzani berkahwin pada 18 November tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain