PELAKON Farid Kamil menitipkan pesanan buat anak-anaknya supaya menjaga solat lima waktu. Sebagai bapa yang menyayangi anak-anaknya, Farid atau Farid Kamil Zahari, 43, berkata bimbingan ilmu agama yang cukup boleh menyelamatkan mereka daripada dugaan hidup. "Baba (panggilan Farid) nak cakap dekat Muhammad dan Aurora..baba sayang anak-anak baba. Farid titip pesan buat Muhammad dan Aurora jangan tinggal solat. "Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu. Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada. "Dengan itu barulah kalian akan berjalan dengan selamat dalam hidup yang penuh fana," katanya. Farid menitipkan pesanan buat kedua-dua anaknya itu menerusi temu bual podcast Sembang Kaki Lima pada Khamis. Dalam podcast itu juga, Farid dilihat berulang kali menyatakan rasa sayang terhadap anak-anak dan isterinya iaitu pelakon Diana Danielle. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil dan Diana Danielle masih tinggal sebumbung, salah faham kecil punca kemarahan isteri ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tidak berhubung dengan Farid, sudah minta pindah rumah segera Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum pesanan Farid buat anak-anaknya dan berdoa hubungan aktor itu dengan Diana kembali pulih. "Pesanan dari seorang ayah yang betul-betul sayangkan anak-anaknya, jangan tinggal solat... subhanAllah sangat mendalam. "Farid memang rapat dengan anak-anaknya, bagus pesanan Farid untuk mereka. "Pujuk Diana dan bawa pergi tenangkan fikiran, jangan bercerai lagi sebab saya suka tengok Farid dan Diana sebagai suami isteri," tulis netizen. Jangan tinggal sembahyang, ingat sembahyang selalu. Jalani kehidupan kalian dengan penuh ilmu agama di dada. FARID KAMIL PELAKON Pada Rabu lalu, Farid memberitahu berlaku salah faham kecil antara dia dan Diana sehingga isterinya itu sekali lagi mahu memfailkan cerai. Malah aktor juga menegaskan mereka masih tinggal sebumbung dan berhubung. Bagaimanapun Diana menafikan perkara itu, sebaliknya sudah meminta Farid pindah rumah dengan segera. Farid sanggup lakukan apa sahaja demi isteri dan anak-anaknya. Sejak Isnin lalu nama Farid kembali menjadi sebutan selepas Diana nekad untuk bercerai selepas setahun mereka rujuk. Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!