TIADA istilah memilih watak dalam lakonan, pelakon Cristina Suzanne bagaimanapun memberitahu dia kini lebih berhati-hati menerima tawaran. Bagi Cristina, 39, sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni dia mahukan karakter berbeza untuk penambahbaikan dalam kerjaya lakonan. "Saya tidak mahu katakan selektif sebab nanti mungkin orang akan ingat saya tunjuk bagus. Cuma sekarang ini lebih berhati-hati dalam memilih tawaran. Cristina menjayakan watak Hayati dalam filem Babah. "Sebagai pelakon kita mestilah kena upgrade. Kalau watak sama sahaja nanti kita tidak belajar sesuatu yang baharu. "Bagaimanapun semuanya bergantung kepada keadaan. Kita nak menolak banyak sangat tawaran sebab itu rezeki. Takut nanti Tuhan tak beri langsung tawaran," katanya kepada mStar. Cristina ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonannnya berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Qi Razali sudah bertunang, kahwin orang industri tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee dan Sweet Qismina elak ulas isu rumah tangga rakan selebriti, pilih jaga aib sendiri Dalam filem tersebut, dia memainkan watak sebagai Hayati iaitu ibu kepada seorang remaja bernama Maya lakonan Sweet Qismina. Meskipun selesa menjayakan peranan tersebut namun Cristina tidak mahu terus dibayangi dengan watak-watak wanita berusia dalam kerya akan datang. "Kalau watak emak orang saya tak mahu sebab rasanya masih dalam usia muda. Tetapi tidaklah saya mahukan watak remaja kerana saya sudah lalui semua itu. Sebagai pelakon kita mestilah kena upgrade CRISTINA SUZANNE PELAKON "Dalam filem ini ada transisi daripada wanita berkahwin usia 30-an sehingga menjadi tua. Sebab itu saya terima watak tersebut. "Menjadi wanita berusia dalam filem ini bukan mudah. Peranan ibu yang tidak banyak bercakap dan bermain dengan emosi antara cabaran yang perlu saya bawakan," ceritanya. Selain Cristina dan Sweet, filem ini turut dibintangi oleh Qi Razali, Adam Lee serta Kis Aishah. Tambah pelakon ini lagi, dia juga sedia kembali aktif berlakon selepas tenggelam timbul dalam dunia seni. Barisan pelakon filem Babah. Malah dia juga menafikan dakwaan kononnya pernah mahu berhenti berlakon selepas mendirikan rumah tangga. "Saya tak pernah cakap nak berhenti berlakon. Sebelum ini agak sedikit perlahan sebab saya memberi fokus kepada urusan keluarga di rumah. "Sekarang anak dah berusia lima tahun dan rasanya boleh kembali aktif berlakon seperti dahulu," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!