BEKAS penyampai radio Kieran menyambut baik niat penyanyi Elly Mazlein yang mahu menaja dirinya mengerjakan ibadah umrah. Kieran atau Maskiran Jakiran, 49, dalam masa sama terkejut apabila dimaklumkan tentang respon Elly selepas dia meluahkan hasrat untuk ke Tanah Suci Makkah. "Saya memang tidak sangka dan tak tahu nak respons bagaimana apabila dia cakap nak taja saya ke umrah. Elly berbesar hati mahu membantu Kieran. "Syukur dengan rezeki ini. Pada awalnya saya sendiri tak tahu untuk memberi maklum balas, tetapi kalau itu niat dia saya terima dengan hati terbuka. "Rezeki saya terima tajaan ini dan rezeki Elly kerana membantu. Semoga selepas ini dia diberikan rezeki yang lebih luas," katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Kieran, dia mendapat tahu tentang perkara tersebut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan yang turut membaca temu bual Elly yang mahu membantu dia mengerjakan umrah. ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kongsi rezeki, mahu bantu Kieran tunai hajat ke Tanah Suci ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga penguat semangat Kieran lawan kanser prostat, pasang niat tunai umrah atau haji Kieran bagaimanapun berkata dia masih belum berkesempatan bersemuka atau bercakap sendiri dengan Elly. "Dia ada hubungi tetapi saya tidak angkat. Mungkin ketika itu saya baru lepas makan ubat dan tak larat untuk bercakap. Isteri saya juga maklumkan Elly ada mengirim Whatsapp tentang perkara ini. "Saya belum berkesempatan bercakap dengan Elly lagi. Kalau boleh nak dengar sendiri dari tuan punya badan," ujarnya. Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Kieran yang sedang berdepan ujian sakit kanser prostat meluahkan hasrat berharap dia masih diberi kesempatan untuk sekali lagi mengerjakan ibadah umrah. Kieran kini masih dalam rawatan kimoterapi. Elly menerusi ruangan Instagram mStar kemudian meninggalkan komen menyatakan hasrat menunaikan hajat Kieran kerana mereka bekerja dalam bidang sama sebagai penyampai radio. Sementara itu berkongsi keadaan kesihatannya, Kieran berkata dia baru sahaja selesai menjalani pusingan pertama rawatan kimoterapi dan perlu mengambil ubat yang dibekalkan pihak hospital. "Ubat yang diberikan itu agak kuat, jadi saya akan lemah dan mamai lepas makan. Saya juga perlu lengkapkan empat kitaran kimoterapi dan selepas itu baru doktor tentukan rawatan lain," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!