KETIKA isu rumah tangga sedang hangat diperkatakan, pelakon Farid Kamil tetap profesional dan komited menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Bisikan Dosa. Pengarah filem tersebut, Faizul A. Rashid turut memuji sikap Farid yang langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi walaupun mendapat khabar isterinya iaitu Diana Danielle mahu memfailkan cerai terhadapnya. “Farid sangat profesional dan tetap meneruskan penggambaran seperti biasa. Pada hari berita itu tersebar, dia ada di set penggambaran dan dia nampak okay. Farid komited dengan kerja walau sedang dibelenggu masalah rumah tangga. “Malah sehari sebelum berita itu tersebar, dia ada bergelak ketawa di set penggambaran dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. “Itu satu perkara saya puji tentang Farid, berdisiplin dan profesional walaupun sedang berdepan masalah,” katanya kepada mStar. Faizul berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran filem berkenaan di Kuang, Selangor. Dalam pada itu, Faizul berkata, dia sudah lama mengenali Farid malah pernah bermain golf bersama yang turut disertai isteri serta dua anak-anak pasangan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil masih sayang, Diana Danielle muat naik status ‘hipokrit’ ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle sudah minta peguam siap sedia sejak bulan lalu, tak boleh lagi hidup bersama Farid Kamil Jelas Faizul, dia tidak melihat ada sebarang masalah berlaku di antara Farid dan Diana namun menganggap setiap pasangan ada kisah tersendiri. “Kita pun tak boleh nak salahkan dia dalam situasi ini sebab setiap orang ada masalah masing-masing. “Apa-apa pun saya kagum dengan semangatnya malah Farid tak pernah minta penggambaran ditangguhkan malah sentiasa memberikan terbaik dalam setiap babak dilakonkan.,” jelasnya. Farid ketika di set penggambaran filem lakonannya. Sejak Isnin lalu, nama Farid kembali panas apabila Diana meluahkan hasrat mahu bercerai selepas setahun kembali rujuk dengan aktor tersebut. Difahamkan Farid berada di lokasi penggambaran tatkala Diana meluahkan hasrat tersebut menerusi satu hantaran di sosial media. Untuk rekod, pada 10 Ogos tahun lalu, Farid dan Diana bercerai talak satu namun mereka memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang kini berusia 9 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!