suria

Rancang bina perniagaan sendiri, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran ambil kursus pendek di Universiti Oxford

Uyaina dan Shahiran bakal menjalani kursus pendek di Universiti Oxford.

PASANGAN pelakon Uyaina Arshad dan Raja Syahiran bakal berangkat ke London bagi mengikuti kursus jangka pendek di Universiti Oxford pada Disember ini.

Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata, kursus selama seminggu dalam bidang keusahawan itu diharap dapat membantu mereka menceburi bidang perniagaan selepas ini.

"Saya dan Syahiran mengambil kursus Leadership dan Entrepreneurship Acceleration Program di Univseriti Orxford selama seminggu pada Disemebr nanti.

Untitled design (2)

Uyaina berimpian membuka perniagaan sendiri.

“Kami ada perancangan membina perniagaan sendiri dan kursus ini peluang terbaik untuk belajar, timba pengalaman dan berkenalan dengan usahawan lain dari seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Uyaina menjelaskan kegagalan menguruskan peniagaan sebelum ini antara sebab dia nekad menimba ilmu daripada mereka yang berpengalaman di luar negara.

Jelasnya, kursus berkenaan diharap dapat memperbaiki pelbagai kesilapan dilakukan dalam menjadikan mereka usahawan berilmu.

ARTIKEL BERKAITAN: Karier berakhir selepas kahwin salah, suami sistem sokongan utama Uyaina Arshad

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad kekal tenang, tak melatah netizen petik nama bakal disaman ‘Abang Bas’

"Saya tak mahu hentam keromo, sebelum ini pernah juga buat perniagaan tetapi ia gagal sebab saya tak mampu nak urus semuanya sendiri.

"Jadi saya ambil peluang sertai kursus ini untuk belajar apa saya tertinggal dulu. Dengan ilmu saya lebih bijaklah uruskan perniagaan," ujarnya.

Selain Syahiran, Uyaina juga bakal membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan ke London.

Anak-anak kata Uyaina bukan penghalang buat dia dan suami merialisasikan impian dalam bidang perniagaan sebaliknya mereka pemangkin semangat.

Untitled design (1)

Uyaina tiada masalah bawa anak-anak ke London.

"Saya akan bawa Urhan dan Urayyan sekali. Ramai risau tentang anak bila tahu saya nak sambung belajar.

"Walaupun sudah ada anak, kita tak boleh ketepikan diri kita sebaliknya tetap kena berusaha teruskan impian,” kongsinya.

Untuk rekod, Uyaina merupakan graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan karier dalam bidang guaman.

Uyaina meneruskan karier dalam bidang seni selepas menjuarai program Pencarian Nona Manis pada 2015.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain