suria

[V] Pintu hati Ira Kazar belum tertutup soal jodoh, mahu cari lelaki ‘biasa’ sebagai pasangan hidup

HAMPIR dua bulan bercerai, hati bekas isteri pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar belum tertutup untuk berkahwin lagi sekiranya bertemu jodoh pada masa hadapan.

Bagaimanapun Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, kriteria utama lelaki untuk dijadikan suami selepas ini bukanlah dalam kalangan selebriti atau berpengaruh.

“Tidak (tutup pintu hati). Selepas ini saya tak mahu dengan orang terkenal atau orang dalam industri. Itu kriteria utama sebab saya nak orang yang biasa-biasa sahaja selepas ini.

“Saya pun orang biasa-biasa tapi buat masa sekarang saya hanya mahu fokus pada karier,” katanya kepada mStar.

ira kazar 2

Ira terbuka untuk kembali bertemu jodoh.

Ira berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Hi Tea With Anthon’s Leather di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Bercakap soal jodoh, kata Ira, selepas ini dia akan berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

“Mungkin saya akan lebih berhati-hati sebelum memilih pasangan termasuk menjaga hati sendiri seperti tidak terlalu selalu mahu bersama atau terlalu sayang kepada pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ira Kazar ‘Tak Kisah’ kena kutuk, hati terguris bapa jadi sasaran kemarahan netizen

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wujud pelanggaran taklik sebanyak 5 kali, Syamsul dan Ira Kazar sah cerai talak satu

“Kita tak tahu sebab jodoh ni kadang boleh berlaku dalam sehari dua,” ujarnya.

Sementara itu, anak kepada pelakon Kazar Saisi ini juga tidak memandang isu kontroversi melanda dirinya sebelum ini sebagai perkara negatif.

Sebaliknya, Ira berkata, ia adalah proses mematangkan diri untuk berfikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Saya akan lebih berhati-hati sebelum memilih pasangan.

IRA KAZAR

“Setiap perkara yang berlaku ada hikmah serta pengajarannya dan mungkin dulu saya tak matang, tak fikir panjang.

“Tapi sekarang apa sahaja saya nak buat mesti akan fikir dahulu.

“Sebenarnya apa yang jadi sebelum ini bukan benda buruk tapi banyak perkara baik,” jelasnya.

ira kazar 3

Ira dan Syamsul sah bercerai pada September lalu.

Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di Perlis pada 20 Januari 2023.

Bagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan lama selepas sah bercerai pada 5 September lalu.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

ira kazar 4

Ira kini lebih matang dalam membuat keputusan.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Perkahwinan Ira dengan Syamsul tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Malah, jenama beg itu mendapat sambutan ramai selepas dilaporkan sudah terjual sebanyak 500,000 unit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain