USIA Datuk Jamal Abdillah mungkin sudah mencecah 66 tahun namun penyanyi veteran itu tidak terlepas daripada godaan peminat yang cuba mendekatinya. Bagaimanapun kata Jamal, demi menjaga keutuhan rumah tangga situasi tersebut akan cuba dielak agar tidak menimbulkan sebarang masalah. “Ada sahaja yang minat dekat saya, tapi bila ada unsur-unsur begitu (godaan) saya akan tunduk dan jalan balik rumah. Jamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Selasa. “Saya selalu elak dan tak fikirkan tentang hal itu. Dalam fikiran ini saya sentiasa ingatkan diri, saya adalah suami dan bapa. “Anak pun dah nak masuk lima orang. Cukuplah buat perkara-perkara yang menyusahkan anak-anak. Saya pun dah tua,” katanya. Jamal berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Datuk Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selesa. Untuk rekod, Jamal dan isterinya iaitu Datin Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada pada April 2017. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah urus anak kecil, Jamal Abdillah tetap ringan tulang bantu isteri ARTIKEL BERKAITAN: Tahun ini cipta sejarah sedih, rumah tangga 15 selebriti musnah... Oktober paling tragedi ramai umum cerai Mereka kini dikurniakan empat orang cahaya mata dan dijangka bakal menyambut kelahiran anak kelima pada Januari tahun hadapan. Jamal juga mempunyai dua anak lelaki lain hasil perkahwinan kedua dan ketiga. Sementara itu, sebagai orang yang pernah melalui fasa kegagalan rumah tangga sebelum ini, Jamal menganggap kes penceraian dalam kalangan artis bukan satu perkara perlu dijadikan bahan sensasi. Bila ada unsur-unsur begitu (godaan) saya akan tunduk dan jalan balik rumah. JAMAL ABDILLAH PENYANYI Jelas Jamal, setiap individu ada cerita tersendiri yang telah ditakdirkan termasuk soal jodoh. “Itulah proses yang Allah telah tentukan. Kita buat apa yang patut kita buat. Selebihnya kita berserah,” ujarnya. Bercakap tentang persiapan konsert yang bakal diadakan pada 15 Februari tahun hadapan, Jamal mengharapkan acara tersebut bakal menjadi kenangan terindah buat semua peminat. “Syukur diberi peluang untuk sekali lagi mengadakan konsert. Jamal tak bersetuju apabila kes penceraian artis disensasikan. “Apa paling saya risaukan adalah jika peminat tidak terhibur pada malam itu. Saya kena sediakan lagu-lagu yang boleh buat peminat berpuas hati dan menjadi kenangan bila mereka pulang,” ucapnya. Istimewa pada malam itu Jamal juga akan menampilkan penyanyi jemputan Wani Hasrita selain beberapa orang lagi yang masih dirahsiakan. Konsert berkenaan bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dan tiket boleh didapati secara atas talian di www.ticket2u.com. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!