suria

[V] Kazar maafkan netizen kecam dirinya, anggap dugaan hidup… Mahu fokus kejar akhirat bukan hal dunia

PELAKON Kazar Saisi menganggap kecaman diterima berkaitan kontroversi membabitkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar sebagai takdir hidup.

Tidak mengambil endah kecaman netizen, Kazar atau Kazaruddin Saisi, 65, sebaliknya sudah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah melemparkan kata-kata tidak baik terhadap dirinya.

Pada usianya sekarang kata Kazar, perkara berkaitan dunia bukan lagi tumpuan sebaliknya mahu mengejar akhirat yang abadi.

“Hal dunia saya sudah tidak kisah. Sekarang mahu cari akhirat sahaja. Hak masing-masing (nak bercakap apa) dan saya sudah maafkan semua orang.

NP-270

Kazar maafkan netizen yang pernah mengecamnya.

“Sebabnya benda ini pun semuanya sudah tertulis, tak perlu nak marah,” katanya kepada mStar.

Kazar meluahkan perkara itu ketika ditemui di Hi Tea With Anthon’s Leather di Hotel One World, Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Kazar memberitahu dia sudah enam bulan kurang mendapat tawaran lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bawa balik sikap baran, Emma Maembong ambil masa bersendirian sebelum pulang ke rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada keperluan tunjuk tubuh sasa, Hisyam Hamid tak sanggup tayang badan

Bagaimanapun jelasnya, perkara itu bukan disebabkan terpalit kontroversi Ira malah beberapa rakan seangkatan lain turut mengalami situasi serupa.

“Sejak enam bulan lepas memang kurang tawaran kerja. Tak tahu kenapa... Tidak juga disebabkan itu (kontroversi).

“Malah rakan-rakan lain pun hadapi perkara sama. Mungkin belum ada rezeki saya,” ujarnya.

Hal dunia saya sudah tidak kisah. Sekarang mahu cari akhirat sahaja.

KAZAR SAISI

PELAKON

Mengulas mengenai keputusan Ira bergelar penyanyi selepas bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof, Kazar tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Sebagai bapa kata Kazar, dia menyokong keputusan dibuat Ira namun sering berpesan agar anak kesayangannya itu menjaga diri apabila bergelar selebriti.

“Saya tak masuk campur sebab Ira pun sudah dewasa... Saya tak galakkan dan tidak pula menghalang.

"Dia tak ada minta izin pun sebab itu keputusan dia sendiri. Cumanya saya minta dia jaga diri,” katanya.

NP-271

Kazar tak halang Ira masuk bidang nyanyian.

Sebelum ini keluarga Kazar menjadi tumpuan netizen selepas Ira atau Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkahwin dengan Syamsul pada 6 Januari tahun lalu di Thailand.

Bagaimanapun perkahwinan pasangan itu tidak bertahan lama apabila mereka bercerai talak satu pada 5 September lalu.

Dalam perkembangan lain, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Malah jenama beg itu mendapat sambutan ramai selepas dilaporkan sudah terjual sebanyak 500,000 unit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain