BELUM pun berakhir 2024, peristiwa artis cerai bagaikan trend, satu persatu mengakhiri rumah tangga dengan perpisahan. Boleh dikatakan setiap bulan ada saja berita sedih, rumah tangga yang dibina berakhir dengan keruntuhan. Sehingga Oktober 2024, kira-kira 15 orang selebriti berpisah, mencatatkan satu sejarah dalam dunia hiburan tanah air dengan jumlah selebriti paling banyak bercerai. Malah segelintir di antara mereka langsung tidak menunjukkan sebarang masalah dalam rumah tangga namun tiba-tiba dikejutkan dengan berita tidak lagi hidup bersama. Selain 15 selebriti ini, khabarnya terdapat beberapa selebriti lain yang berhadapan krisis rumah tangga namun masih berusaha untuk mempertahankannya. Terbaharu, pelakon Diana Danielle yang sebelum ini kembali rujuk dengan suaminya Farid Kamil berhasrat untuk memfailkan perceraian dalam waktu terdekat. Bawah ini mStar senaraikan 15 selebriti yang bercerai sehingga mengejutkan peminat sepanjang tahun ini. April Adira dan Adnan sah bercerai talak satu pada 24 April 2024. Adira dan Datuk Red Perkahwinan selama sembilan tahun di antara penyanyi Adira dan usahawan Datuk Seri Adnan Abu berakhir apabila pasangan itu sah bercerai pada 24 April 2024. Sebelum ini, Adira, 32, pernah memfailkan permohonan sama terhadap Adnan pada April 2019 namun menarik semula bagi memberi peluang kepada bekas suaminya itu. Mereka berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Angrek, 6, Asan, 5, Anggun dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Mei Meskipun berpisah, Hisyam dan Rosmawati kekal hubungan baik. Hisyam Hamid & Rosmawati Hanafi Spekulasi mengenai penceraian pelakon Hisyam Hamid dan bekas isterinya iaitu Rosmawati Hanafi sudah bertebaran sejak Oktober tahun lalu namun aktor itu terus menafikannya. Pada 23 Mei lalu, Hisyam, 39, akhirnya membuka mulut dan mendedahkan mereka sudah tidak lagi bergelar suami isteri selepas 20 tahun melayari alam rumah tangga. Hisyam dan Rosmawati mendirikan rumah tangga pada 2006 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17 dan Haydeen, 15 tahun. Jun Peluang kali kedua disia-siakan Alif apabila dia sekali berlaku curang terhadap Bella. Bella Astillah dan Aliff Aziz Ikatan suami isteri pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya terlerai selepas mereka sah bercerai talak satu pada 13 Jun 2024. Pergolakan rumah tangga mereka berlaku susulan Aliff, 33, dicekup berkhalwat bersama pelakon Ruhainies oleh Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Mereka pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 atas alasan Aliff beberapa kali berlaku curang namun kembali rujuk dalam tempoh edah. Untuk rekod, pasangan itu medirikan rumah tangga pada September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun. Perkahwinan tujuh tahun yang dibina Nora dan Nedim akhirnya berakhir. Nora Danish & Nedim Nazari Rumah tangga yang dibina selama tujuh tahun akhirnya runtuh apabila pelakon Nora Danish dan bekas suaminya, Nedim Nazri sah bercerai talak satu pada 19 Jun lalu. Pada 29 Aril lalu, Nora mendedahkan pergolakan rumah tangga mereka dan memberitahu dia dan Nedim tidak lagi tinggal sebumbung. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl, 6 tahun. Julai Harith dan Jezamine bercerai pada 25 Julai lalu. Harith Iskander dan Dr. Jezamine Lim Selepas 14 tahun mendirikan perkahwinan, pelawak Harith Iskander dan bekas isterinya, Dr Jezamine Lim sah bercerai talak satu pada 25 Julai lalu. Enggan menededahkan punca penceraian, Harith bagaimanapun mengakui rumah tangga mereka bergolak disebabkan daripada kesilapan dirinya sendiri. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Allesandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9 tahun. Ogos Erynne dan Afify mengumumkan penceraian mereka pada Ogos lalu. Erynne Erynna dan Afify Sazali Perkahwinan selama lima tahun di antara pelakon Erynne Erynna dan bekas suaminya iaitu Afify Sazali berakhir dengan penceraiaan. Erynne dan Afify mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Medinah, 4 tahun. Berita penceraian Nora dan Rushdi mengejutkan peminat. Datuk Nora Ariffin dan Dr. Rushdi Ramli Ikatan perkahwinan tiga tahun Datuk Nora Ariffin dan Dr Rushdi Ramli terlerai apabila penyanyi itu berkongsi video mempelihatkan suaminya melafazkan talak pada 12 Ogos lalu. Nora, 51, mendakwa Rushdi dipaksa membuat lafaz talak tersebut oleh seseorang individu selepas mereka selesai solat Subuh bersama. Namun tak sampai sebulan mengumumkan perceraian, pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh edah. September Syamsul dan Ira hanya sempat merasai nikmat berumah tangga selama 21 bulan. Syamsul Yusof dan Ira Kazar Sekadar hanya 21 bulan merasai nikmat berumah tangga, pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai pada 5 Sepetember lalu. Mahkmah mengesahkan berlakunya talak selepas wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali oleh Ira sejak 12 Ogos lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand ketika Syamsul, 40, masih bergelar suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana. Dottie dan Haffis sudah enam tahun tinggal berasingan. Dottie dan Muhamad Haffis Hampir enam tahun hidup berasingan, pelakon Dottie mengesahkan dia dan suaminya Mohamad Haffis sudah bercerai secara tebus talak pada 18 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 25 Disember 2016, mereka bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata bersama. Oktober Fazura dan Fattah mengakhiri kemelut rumah tangga mereka pada 7 Oktober lalu. Fazura dan Fattah Amin Desas-desus keretakan rumah tangga diantara pasangan Fazura dan Fattah Amin terjawab apabila ia berakhir dengan penceraian pada 7 Oktober lalu. Fazura, 41, mendedahkan antara alasan dia memfailkan cerai ada 13 September lalu kerana Fattah, 33, gagal memberi nafkah selain bersikap curang sepanjang dalam perkahwinan. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun. Emma dan Shazli selesa memilih merahsiakan perpisahan mereka. Emma Maembong dan Shazali Tiada angin tiada ribut, pelakon Emma Maembong menjadikan Oktober untuk mengumkan dia dan bekas suaminya Muhammad Shazli Azhar sudah pun berpisah secara baik. Emma, 32, mendedahkan dia sudah tamat melalui tempoh idah dan memilih merahsiakan perceraian tersebut kerana enggan mengeruhkan keadaan. Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada Februari 2020 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Shariq Gbariel, 4 dan Shakil Aryan yang kini berusia setahun. Ikatan perkahwinan 18 tahun Fazley dan Azrene akhirnya terlerai. Fazley Yaakob dan Azrene Soraya Selepas 18 tahun melayari bahtera perkawinan, penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan sudah bercerai dengan Azrene Soraya Abdul Aziz. Enggan berkongsi butiran perceraian mereka, Fazley, 45 memberitahu mereka bersetuju untuk berpisah sejak beberapa bulan lalu. Berita ini diumum Fazley pada 15 Oktober 2024 menerusi kenyataan kepada media. Fazley dan Azrene berkawin pada 2006 dan dikurniakan empat cahaya mata iaituAhmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, Ahmad Fierudz Shah, 13 dan Alayna Selma, 7 tahun. Que dan Linda mendedahkan sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu. Que Haidar dan Linda Jasmine Selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Que Haidar mendedahkan dia dan Linda Jasmine sudah bercerai sejak 2 Julai lalu. Menurut Que, 45, dia menerima ketentuan Ilahi bahwa jodoh mereka tidak panjang dan memilih untuk mengekalkan hubungan baik. Que berkongsi kisah ini ketika ditemui media di Malam Kemuncak Anugerah Seti Angkasa (ASA2024) pada 27 Oktober lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ratu Haidar, 15 dan Tengku Cleopatra Hairdar 12 tahun. Kaka dan Adam dikhabarkan bercerai pada Isnin lalu. Kaka Azraff dan Adam Azriff Selepas dua hari Que mengumumkan penceraiaan, dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita perpisahan penyanyi Kaka Azraff dan Adam Azriff. Pasangan tersebut dilaporkan bercerai talak satu selepas mereka melakukan lafaz cerai secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Isnin lalu. Kaka dam Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!