BANYAK bersabar dan beralah dengan pasangan antara rahsia rumah tangga usahawan sensasi Liana Rosli bertahan selama 22 tahun. Liana atau mesra disapa Kak KM berkata, dia mengamalkan perkara itu kerana sedar seorang lelaki mempunyai perangai tersendiri. Bagaimanapun kata Liana, seorang suami juga sebenarnya perlu beralah dan mendengar cakap isteri sekiranya bagi mencapai titik keharmonian dalam sesebuah rumah tangga. Liana bahagia bersama suami dan anak-anak. "Setiap suami itu ada perangai mereka yang tersendiri. Macam saya, sudah 22 tahun usia perkahwinan memang kena banyak bersabar. "Tapi lelaki pun sebenarnya kena dengan cakap isteri kalau dia nak panjangkan usia perkahwinan sebab isteri tak pernah salah," katanya. Pandangan itu dikongsi Liana menerusi Instastory dimuat naik pelakon Datin Umie Aida pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM ubah penampilan seksi, tak janji pakai tudung selepas umrah ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tempat saya mengadu” - Kak KM tahan air mata, bisnes mula terganggu gara-gara banyak produk tiruan Berkongsi lanjut, Liana berkata, jika seseorang suami itu enggan berkompromi ada kemungkinan perkahwinan dibina akan berdepan masalah. "Tapi bila suami tak nak dengar cakap kita (isteri), ia akan bermula (bergaduh)," ujarnya. Sementara itu, pelakon Nora Danish yang duduk di sebelah Liana juga dilihat setuju dengan pandangan usahawan berkenaan. Nora bersetuju dengan pandangan Liana. "Saya undi untuk kamu. Betul isteri tak pernah salah," ujarnya. Liana, Nora dan Umie dilihat menghadiri satu majlis agama yang diadakan di kawasan pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan pada malam Isnin. Turut kelihatan pada majlis sama ialah Fattah Amin, Zizi Kirana, Erma Fatima dan Betty Ahmad. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!