suria

[V] Adam Lee dan Sweet Qismina elak ulas isu rumah tangga rakan selebriti, pilih jaga aib sendiri

TATKALA kontroversi rumah tangga selebriti menjadi bualan ramai, pasangan pelakon Sweet Qismina dan Adam Lee lebih selesa memilih jalan berdiam dan tidak mengulas mengenai isu berkenaan.

Bagi Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 27, dia percaya menjaga kisah peribadi sendiri lebih penting supaya tidak terkena sebarang tempias kontroversi.

"Apa-apa sahaja yang berlaku dalam industri sama ada kawan baik atau tidak kami ambil pendirian tidak mahu kongsi atau sokong mana-mana pihak.

adam lee 1

Adam dan Sweet elak bercerita rumah tangga orang lain.

"Kami juga ada aib nak kena jaga dan ada rezeki yang Allah tengah jagakan. Kalau boleh tak mahu rosakkan apa yang kami ada sekarang.

"Sebab itu kami tidak mahu bercakap apa-apa dan terkena tempias," katanya kepada mStar.

Pasangan ini ditemui ketika majlis pelancaran filem terbaharu lakonan mereka berjudul Babah yang berlangsung di Petaling Jaya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina nasihat kongsi lokasi dengan keluarga, ‘delay’ hantaran di media sosial elak dikesan

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu bahagia kahwin, Adam Lee gigih kuruskan badan selepas berat cecah 93 kilogram

Bersetuju dengan pendapat isterinya itu, Adam atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 30, pula bimbang sekiranya mereka juga berdepan situasi sama kelak.

"Kita tak tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Semua itu ketentuan Allah. Lagipun industri ini kecil sahaja. Nanti-nanti akan jumpa orang yang sama," ujarnya.

Adam dan Sweet baru sahaja menyambut ulang tahun kedua perkahwinan mereka pada 24 Oktober lalu.

adam lee 3

Adam lebih tenang selepas bergelar suami.

Sepanjang tempoh bergelar suami itu, Adam mengakui ikatan perkahwinan banyak mengubah dirinya menjadi seorang yang lebih baik dan mendekati agama.

"Saya rasa diri saya lebih tenang selepas bergelar suami. Sekarang ini lebih fokus kepada perkata yang sepatutnya.

"Bila menjadi suami tidak boleh ambil mudah sebab status itu sangat besar. Kini lebih mendekatkan diri dengan agama. Saya banyak belajar dengan cara mendengar ceramah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain