SELEPAS dua hari pelakon Que Haidar mendedahkan dia dan bekas isterinya iaitu Linda Jasmine bercerai, dunia hiburan dikejutkan pula dengan berita perpisahan penyanyi Kaka Azraff dan Adam Azriff. Berita perceraian mereka dilaporkan media selepas pasangan itu dipercayai hadir ke mahkamah Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada Isnin. Turut dilaporkan mereka bercerai talak satu selepas enam tahun bergelar suami isteri. Kaka dan Adam didakwa sudah bercerai talak satu. Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai berkenaan secara ekspres. Sumber yang enggan dikenali memberitahu Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi. Tambah sumber itu lagi, Kaka dan Adam, 30, dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat mengenai penjagaan tiga orang anak mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff bukan lagi artis Warner Music, kata-kata tidak sopan dalam mesej punca digugurkan ARTIKEL BERKAITAN: Kakak meninggal akibat jangkitan kuman dalam otak, Kaka Azraff ambil alih tugas jaga 4 anak saudara “Saya difahamkan Kaka belum sedia untuk membuka mulut berhubung perceraian yang sudah disahkan di mahkamah hari ini. “Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam suami isteri lain, tak nampak pula masalah besar. “Kita doa yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak-anak sama-sama,” katanya. Kaka dan Adam dikurniakan tiga orang cahaya mata. Sejauh mana kebenaran berita ini tidak dapat dipastikan kerana artis berkenaan serta pengurusnya tidak menjawab panggilan dibuat. Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam yang kini berusia 15 bulan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!