suria

Shila Amzah trauma dengan Pulau Pinang, beranikan diri bercuti bersama Ubai untuk cipta memori baharu

Shila bersyukur melalui hari bahagia bersama Ubai.

MEMILIH lokasi percutian di Pulau Pinang, penyanyi Shila Amzah memberitahu dia mahu membuka buku baharu dan mencipta kenangan bersama suaminya iaitu Ubai di negeri berkenaan.

Pernah berdepan kejadian tidak boleh dilupakan di pulau berkenaan, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, berkata dia mengalami trauma selama lebih 10 tahun dan sedang cuba untuk mengatasi perasaannya itu.

"Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulau Pinang membuatkan saya rasa trauma.

shila 2

Kenangan Shila bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.

"Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulau Pinang yang menghantui dan tidak boleh saya lupakan. Sudah lebih 10 tahun saya cuba untuk atasi.

"Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulau Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga," katanya.

Shila menulis perkara tersebut di Instagram beserta gambar kenangan dia bersama suami dan dua anaknya ketika berada di sana.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci trauma yang dihadapinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah akhirnya miliki mikrofon peribadi, harganya boleh beli kereta buatan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Shila Amzah dan keluarga sudah pulih, ibu kongsi foto hadir majlis akikah cucu

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa syukur kerana dapat melepaskan segala kenangan pahit itu bersama suami tercinta.

Malah dalam hantaran sama, Shila juga berkongsi ragam anak perempuannya iaitu Rhea Akira yang tidak henti menangis disebabkan baru tumbuh gigi.

Sentiasa menjadi ibu yang tenang dalam berdepan situasi anak-anak membesar, bagi Shila setiap ibu bapa bertanggungjawab terhadap amanah dikurniakan itu.

shila 3

Shila mahu terus cipta memori bahagia bersama keluarga.

"Dia (Ubai) selalu kagum bagaimana saya sentiasa tenang. Saya katakan kita sebagai ibu bapa tiada pilihan. Saya tidak mahu hilang kawalan di depan anak-anak kerana itu akan membuatkan mereka trauma.

"Tidak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah kepada kita. Mereka tidak boleh memilih ibu bapa, tetapi kita boleh pilih untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana kepada mereka," ujarnya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan merek memiliki seorang anak perempuan bersama iaitu Rhea yang dilahirkan pada Mei lalu.

Shila juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais menerusi hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain