suria

[V] Nabila Razali mahu rasa pengalaman mengidam benda pelik, sekarang cuma teringin makan burger Ramly

SEDANG hamil anak sulung, penyanyi dan pelakon Nabila Razali memberitahu dia tidak berdepan sebarang alahan atau mengidam sepanjang tempoh kehamilan itu.

Menunggu untuk merasai momen mengidam perkara pelik, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, berkata buat masa ini dia hanya mahu menikmati hidangan burger dan kek sahaja.

"Setakat ini saya tidak mengalami rasa mengidam yang pelik-pelik. Cuma itulah saya teringin nak makan burger Ramly dan kek. Tapi semuanya mengidam benda mudah lagi.

"Saya pun teringin juga nak mengidam pelik-pelik macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu," katanya kepada mStar.

bella1 - 1

Nabila dan Nik bakal menimang cahaya mata pertama Januari ini.

Dalam pada itu, Nabila memberitahu dia mengambil sedikit masa sebelum memaklumkan berita kehamilannya kerana mengikut pesanan orang-orang tua.

Bagaimanapun dia akhirnya memaklumkan berita gembira itu selepas terdapat perubahan pada bentuk badannya dan enggan peminat terus membuat spekulasi.

"Saya banyak mendengar petua orang tua, seeloknya kita simpan (berita kehamilan) dulu sampai satu jangka masa barulah umumkan kepada semua.

"Sebenarnya kalau ikutkan saya mahu mengumumkan kehamilan ini lambat lagi tetapi disebabkan ramai yang sudah bertanya dan ada yang komen di media sosial, saya pun tidak mahu biarkan orang buat spekulasi sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali hamil anak pertama, dijangka bersalin Januari 2025

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar melepaskan demi kebahagiaan orang lain, maksud pengorbanan buat Nabila Razali

"Saya rasa lebih baik begitu dan disebabkan itu saya umumkan kehamilan itu pada awal Oktober lalu. Itu pun sudah memasuki pengakhiran trimester kedua," ujarnya.

Meskipun kandungan sudah memasuki trimester kedua, Nabila berkata dia masih lagi aktif bekerja.

"Alhamdulillah perjalanan kehamilan pertama ini semuanya dipermudahkan. Waktu kandungan dalam trimester pertama saya masih lagi berlakon dalam set drama Bawah Payung Awan.

"Saya masih mampu untuk mempromosikan lagu Tangis untuk OST Bawah Payung Awan dan persembahan pentas yang lain.

Saya pun teringin juga nak mengidam pelik-pelik macam bau tayar ke, saya pun menanti perkara-perkara itu.

NABILA RAZALI

PENYANYI/PELAKON

"Tak lama lagi saya juga akan melancarkan lagu dalam satu projek baharu. Saya agak teruja dengan projek ini dan tidak sabar nak berkongsi dengan peminat," jelasnya.

Ditanya persediaan menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu, penyanyi lagu Permata Hati ini berkongsi dia masih belum sempat untuk membuat persiapan sepenuhnya.

Ia disebabkan oleh kekangan masa kerja dan berkemungkinan akan membeli keperluan bayi itu secara atas talian.

"Jujur saya cakap, tak banyak persediaan yang saya buat memandangkan masih lagi aktif bekerja.

"Cukuplah sekadar benda-benda yang penting didahulukan dulu. Kalau beli barangan bayi seperti baju itu semua saya belum mula membeli kerana masih lagi sibuk bekerja.

bella2 - 1

Nabil masih aktif bekerja meskipun sedang hamil.

"Saya pun nak juga ke luar negara untuk membeli-belah barangan bayi tetapi disebabkan masa tidak mengizinkan. Tak mengapalah boleh beli secara online juga, tak jadi masalah," katanya.

Pada 4 Oktober lalu, Nabila mengumumkan sedang hamil anak sulung yang dijangka dilahirkan pada awal Januari ini.

Untuk rekod, Nabila dan usahawan Nik Iruwan Nik Izani berkahwin pada 18 November tahun lalu.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang secara tertutup dan dihadiri hanya ahli keluarga serta teman rapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain