suria

Amir Ahnaf tiada teman wanita, banyak duduk rumah tonton Netflix… “Tolong carikan girlfriend seorang”

Amir memberitahu kehidupannya kini berada dalam keadaan baik.

SELEPAS terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, pelakon Amir Ahnaf kini lebih banyak meluangkan masa di rumah sekiranya tidak mempunyai sebarang urusan membabitkan kerjayanya.

Amir atau Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkata, kebiasaannya dia akan menghabiskan masa menonton filem di platform penstriman Netflix untuk menghilangkan tekanan selain mempelajari cara menghayati watak dalam lakonan.

"Saya single, tolong carikan girlfriend seorang. Saya kalau balik rumah, saya akan relaks duduk di atas sofa tonton Netflix.

Kontroversi melibatkan Amir tidak menganggu kehidupannya sebagai pelakon.

Kontroversi melibatkan Amir tidak menganggu kehidupannya sebagai pelakon.

"Ada yang menasihati saya untuk banyakkan menonton filem sebab sebagai pelakon ia membantu membina karakter kita.

"Kita tidak tahu karakter apa yang akan dibawa selepas ini. Jadi apa yang saya boleh beritahu, saya duduk di rumah tonton Netflix dan makan popcorn," katanya kepada mStar.

Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media filem Kahar: Kapla High Council yang diadakan di Setia City Mall, Shah Alam pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terkejut keluar gosip cinta, Amir Ahnaf kesian Angel kena menjawab... Sokong sejak awal Dolla muncul

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nampak macam ‘bad boy’ tapi sebenarnya Amir Ahnaf romantik dan lemah lembut orangnya!

Tidak hanya itu, Amir memberitahu dia kini banyak menghabiskan masa melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti bermain bola sepak dan berlari bersama sekumpulan anak muda dikenali sebagai pasukan Challo.

"Kehidupan saya baik-baik sahaja, saya sekarang banyak melakukan aktiviti sihat bersama pasukan Challo.

"Terima kasih kepada Challo kerana memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjalani kehidupan lebih baik," katanya.

Sebelum ini, nama Amir dikaitkan dengan penularan foto dan mesej perbualan bersama seorang wanita yang mendakwa dirinya merupakan kekasih kepada pelakon drama Project: High Council itu.

Amir lebih gemar menghabiskan masa di rumah menonton filem.

Amir lebih gemar menghabiskan masa di rumah menonton filem.

Amir bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan terkejut apabila melihat foto tular tersebut.

Dalam perkembangan lain, Amir bakal beraksi untuk filem prekuel kepada drama siri Project: High Council iaitu Kahar: Kapla High Council.

Selain Amir, filem tersebut turut dibintangi oleh pelakon Aedy Ashraf yang membawakan watak Beja dan pendatang baharu iaitu Sky Iskandar sebagai Megat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia