suria

Nora Ariffin kongsi foto bercuti bersama suami, peminat doa kebahagiaan berkekalan selepas kembali rujuk

Peminat gembira melihat Nora kembali bahagia bersama suami (kanan).

SELEPAS mengumumkan kembali rujuk bersama suami, penyanyi Datuk Nora Ariffin dan Dr Rushdi Ramli meluangkan masa bersama bercuti di sebuah pusat peranginan di Negeri Sembilan.

Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, menerusi kapsyen ringkas dimuat naik di Instagram miliknya memberitahu dia dan suami mahu mencari ketenangan sambil menikmati keindahan alam.

"Melarikan diri ke tempat yang lebih tenang dikelilingi oleh alam semesta," tulisnya.

nora1 - 1

Nora dan suami bercuti merehatkan minda.

Menerusi perkongsian itu juga, Nora dilihat memuat naik foto di persekitaran pusat peranginan tersebut dan melakukan aktiviti mendaki bersama suami.

Malah pasangan suami isteri itu turut menikmati hidangan di kolam renang seperti sedang menikmati percutian bulan madu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan mengucapkan kesyukuran selepas melihat pasangan suami isteri itu kembali bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur Nora Ariffin dan Dr Rushdi rujuk semula selepas sebulan umum cerai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nora Ariffin terkejut apa salah dirinya ‘mendapat’ talak... Dedah kisah kena cerai selepas solat Subuh bersama

"Alhamdulillah, syukur. Semoga kak Nora kekal bahagia selamanya.

"Alhamdulillah kekal bahagia selamanya," tulis netizen.

Pada 12 Ogos lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.

Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

nora2 - 1

Nora sebelum ini memaklumkan dia sudah kembali rujuk bersama suami.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Namun, Johan meninggal duia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Bapa MK meninggal dunia