suria

‘30 Hari Mencari Cinta Ilahi’ dapat pengiktirafan ASA2024, Suria FM komited hasil lebih banyak program bermanfaat 

Program 30 Hari Mencari Cinta Ilahi mengangkat nama Suria FM.

SURIA FM melakar sejarah apabila berjaya merangkul trofi Rancangan Agama Radio Terbaik di malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Sabtu.

Kejayaan itu diraih menerusi program 30 Hari Mencari Cinta Ilahi bersama Datuk Dr. Norhafizah Musa terbitan Farhana Najlaa.

Bersyukur dengan kemenangan tersebut, Pengurus Besar Suria FM Roslinda Abdul Majid menyifatkan ia bukti komitmen Suria FM dalam menyampaikan mesej keagamaan kepada masyarakat.

Copy of Untitled - 2024-10-27T131444.728 - Copy

Kejayaan tersebut menjadi bukti komitmen Suria FM manghasilkan program berkualiti.

"Kemenangan ini adalah hasil usaha gigih team Suria FM, terutamanya penerbit Farhana Najlaa dan semua yang terlibat dalam penghasilan program ini.

"Program 30 Hari Mencari Cinta Ilahi bersama Datuk Dr Norhafizah Musa bukan sahaja berjaya mendidik hati tetapi menyentuh perasaan para pendengar," katanya.

Dalam pada itu, Roslinda atau DJ Lin menyuarakan usaha mereka untuk mencipta lebih banyak program yang berkualiti tinggi kepada semua pendengar Suria FM.

"Anugerah ini adalah penghargaan atas komitmen kami dalam menghasilkan kandungan yang bermanfaat, relevan, dan bermakna untuk masyarakat" katanya dalam satu kenyataan kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal jadi pilihan, Suria FM catat 3.2 juta pendengar mingguan

ARTIKEL BERKAITAN: Suria FM dan Era cipta sejarah! Segmen pagi bergabung 23 Oktober, catat dalam Malaysia Book of Records

ASA 2024 merupakan acara berprestij dalam industri penyiaran Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi.

Anugerah itu diberikan kepada program dan personaliti penyiaran terbaik di Malaysia dan pemenang ditentukan sepenuhnya oleh panel juri profesional berdasarkan kualiti produksi, kreativiti, serta impak kandungan.

Sebanyak 60 kategori (40 kategori televisyen, 16 kategori radio, 4 kategori media baharu) dipertandingan bagi ASA 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain