SUDAH empat bulan tiada sebarang tawaran lakonan, pelakon dan pelawak Ebby Yus terpaksa menjual barang peribadi miliknya bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, berkata, itu sahaja cara yang mampu dilakukan sebagai usaha mendapatkan wang memandangkan tahap kesihatannya merosot sejak kebelakangan ini. "Sebelum pembedahan sebenarnya sudah tiga bulan saya tiada kerja dan pendapatan tetapi syukur, Allah bagi rezeki sedikit-sedikit. Ebby enggan mengharapkan bantuan orang lain. "Saya jual barang-barang yang saya ada untuk kelangsungan hidup, tetapi taklah mewah, sekadar cukup untuk belanja makan," katanya ketika dihubungi mStar. Enggan meminta-minta, Ebby menjelaskan dia lebih selesa mecari rezeki dengan kudratnya sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Jelasnya, dia bukanlah satu-satunya insan yang duji dengan penyakit sebaliknya sedar ramai lagi yang lebih memerlukan. ARTIKEL BERKAITAN: Perlu lakukan rawatan dialisis air, Ebby Yus selamat jalani pembedahan masuk tiub di perut ARTIKEL BERKAITAN: Ebby Yus selamat jalani pembedahan pasang perentak jantung, dua bulan tak boleh buat kerja berat "Ada kawan-kawan dan adik-beradik datang tolong tapi selagi saya boleh usaha, saya usaha sendiri. Saya tak mengharap bantuan. "Kalau ada nak memberi saya bersyukur. Kalau tak ada pun tak mengapa. Bukan saya seorang saja sakit, ramai lagi dekat luar sana yang mungkin lebih teruk keadaannya," jelasnya. Sementara itu, Ebby juga tidak terkilan sekiranya ada rakan-rakan artis yang tidak sempat menziarahinya semasa sedang dirawat di hospital. Saya jual barang-barang yang saya ada untuk kelangsungan hidup. EBBY YUS PELAKON/PELAWAK Baginya, doa dan kata-kata semangat sudah memadai untuk terus bangkit berdepan ujian hidup. "Sejujurnya saya tiada rasa kecil hati kalau kawan-kawan tak datang menjenguk sebab saya tahu mereka juga ada tanggungjawab masing-masing. Jep dan Roy antara rakan artis yang menziarahi Ebby selepas pembedahan. "Saya tahu kawan-kawan saya semua ingat dekat saya tetapi mungkin masa mereka agak terhad. Doa dan kata-kata daripada mereka pun dah cukup untuk saya terus bangkit," kongsinya. Ebby memberitahu dia ada menerima kunjungan dan sumbangan daripada sahabatnya termasuk pelakon Roy Azman dan pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini. Sebelum ini, Ebby selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub atau kateter pada bahagian perut akibat komplikasi penyakit buah pinggang dihadapinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada awal Oktober. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!