suria

‘Bahalol’ menang besar di ASA2024, Othman Hafsham terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa

Drama Bahalol diangkat sebagai karya terbaik ASA2024. Foto RAJA FAISAL HISHAN

DRAMA Bahalol menang besar apabila berjaya membawa pulang empat trofi utama di Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Sabtu.

Bahalol bukan sahaja dipilih sebagai Drama TV Terbaik tetapi turut memperoleh kemenangan menerusi kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Drama TV Terbaik iaitu Sobri Anuar dan Liza Othman serta Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik (Que Haidar).

Penerbit drama tersebut iaitu Azrai Fahmi meluahkan rasa syukur atas kemenangan itu dan berterima kasih kepada barisan pelakon yang memberikan komitmen terbaik sepanjang menjalani penggambaran.

"Pertama kali saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada tenaga produksi.

asa 9

Dua pelakon Bahalol menang katergori Pelakon Drama TV Terbaik.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pelakon yang seikhlas hati mempersembahkan kesenian yang sangat hebat," katanya.

Pihak produksi drama tersebut juga turut menerima hadiah tambahan iaitu Insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM200,000.

Bagi kategori Pengarah Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Zainorhisyam Samudin menerusi drama Lebai Sampan siaran Astro Citra.

Manakala aktres Aishah Azman pula membuat kejutan apabila memenangi trofi Pelakon Komedi TV Terbaik dan Aida Aris pemenang Pelakon Pembantu Wanita TV Terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: ASA2024 perkenal kategori ‘Podcast Terbaik’, kementerian sedang teliti jika pemenang layak terima Dana Kandungan Kreatif

ARTIKEL BERKAITAN: Debaran kian terasa, Anugerah Seri Angkasa kembali selepas 2 tahun... Edisi 2024 cipta rekod terima 1,860 pencalonan!

Dalam pada itu, Kategori Dokumentari TV Terbaik dimenangi oleh Taste of Memory (Chong Boon Yee, 8TV) mengalahkan empat lagi pesaing lain termasuk Di Sebalik Nama : Tok Gajah, Khazanah Kenyalang Musim Ke-2, 999 Khas Peristiwa Lahad Datu : Daulat Tanah Airku dan 999 Khas Tahfiz Terbakar : Marak Api Ittifaqiyah.

Pemenang turut menerima hadiah tambahan iaitu Insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM150,000.

Pengarah dan pelakon veteran Othman Hafsham pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa untuk edisi kali ini.

hafsham asa 1

Othman Hafsham diangkat sebagai Tokoh Seri Angkasa.

Othman menerima wang tunai berjumlah RM10,000 serta sebuah trofi ASA2024 dan barangan kemas Habib Jewels bernilai RM30,000.

Selain itu, Othman juga membawa pulang sebuah kereta jenis Proton S70.

Pengarah filem Soal Hati itu mendedikasikan anugerah tersebut kepada semua penyokong yang selama ini memberi inspirasi sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

"Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas penghargaan ini. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, kepada juri yang memberi penghormatan kepada saya.

asa 11

Penerima Dana Kandungan Kreatif.

"Anugerah ini juga untuk semua yang sudah menyokong dan memberi inspirasi sepanjang penglibatan saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat.

"Penglibatan saya telah melalui 10 Perdana Menteri. Saya juga berharap hadil kerja saya ini memberi inspirasi kepada generasi baru," ujarnya.

Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada Saeim Mohammad menerusi hasil karyanya iaitu Aroma Puncak Borneo siaran TVS.

Kemenangan itu turut melayakkan Saeim membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 berserta trofi dan barangan kemas Habib Jewels bernilai RM20,000.

Pemenang lain pada malam itu juga termasuk Hazel Desmond yang menerima trofi Penyampai Berita TV Terbaik, Ahmad Fedtri Yahya (Pengulas TV Terbaik) dan Fiza Sabjahan (Pengacara TV Terbaik).

asa 6

Fauziah Nawi menang katergori Pelakon Drama Radio Terbaik.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi Malam Kemuncak ASA2024 apabila menerima 26 anugerah yang dipertandingkan.

RTM menerima 14 anugerah dalam kategori radio antaranya termasuk Penyampai Radio Terbaik (Muhammad Amir Akram, Kelantan FM), Penyampai Radio Wanita Terbaik (Shuhada' Balqis Juhali, Johor FM), Pelakon Drama Radio Terbaik (Datuk Fauziah Nawi, Terengganu FM), Drama Radio Terbaik (Awang Sri Iskandar, Sabah FM).

11 lagu anugerah diterima dalam kategori televisyen termasuk Hiburan Muzikal TV Terbaik (Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022, TV2), Tatarias TV Terbaik (Pasir Puteh Mantanani, TV1), Penataan Cahaya TV Terbaik (Pasir Puteh Mantanani, TV1) dan Montaj TV Terbaik (Salam Baitullah 2023, Berita RTM).

asa fiza

Fedtri dan Fiza ungguli katergori Pengacara TV Terbaik.

Bagi edisi tahun ini, ASA2024 memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.

Kesemua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Dihoskan oleh Nana Mahazan dan Sharizan Borhan, ASA2024 disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 serta YouTube dan Facebook Kementerian Komunikasi.

asa 10

Amir dan Aina tampil membuat persembahan.

Acara turut diserikan dengan persembahan daripada Ernie Zakri, Aina Abdul, Amir Masdi, Zamani Slam, Liza Aziz dan ramai lagi.

Untuk memastikan setiap anugerah dinilai dengan telus, Kementerian Komunikasi turut melantik juri yang terdiri dalam kalangan profesional seperti ahli akademik bidang seni kreatif dan pemain industri berkelayakan.

Malah penganjuran ASA2024 ini turut dimeriahkan dengan penyertaan penaja utama iaitu Habib Jewels, DRB HICOM, Telekom Malaysia Berhad (TM), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Roadcare (M) Sdn. Bhd.

Berikut adalah senarai pemenang ASA2024:

Kategori TV

Tokoh Seri Angkasa - Othman Hafsham

Anugerah Khas Juri - Saeim Mohamad (Aroma Puncak Borneo TVS)

Drama TV Terbaik - Bahalol (Okey TV)

Drama Bersiri TV Terbaik - One Cent Thief (Astro Shaw)

Skrip Drama TV Terbaik - Lebai Sampan (Astro Citra)

Pengarah Drama TV Terbaik - Zainorhisyam Samudin (Lebai Sampan Astro Citra)

Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik - Sobri Anuar (Bahalol Okey TV)

Pelakon Wanita Drama TV Terbaik - Liza Othman (Bahalol Okey TV)

Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik - Que Haidar (Bahalol)

Pelakon Pembantu Perempuan TV Terbaik - Aida Aris (Dania)

Pelakon Komedi TV Terbaik - Aishah Azman

Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik - Umar Shakur (Demi Masa)

Dokumentari TV Terbaik - Taste Of Memory (8TV)

Majalah TV Terbaik - Travel With Mommy (Astro AEC)

Bicarawara TV Terbaik - Ekskelusif Bersama Joko Widodo (TV3)

Hiburan Muzikal TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2022

Komedi TV Terbaik - Muzikal Lawak Superstar Musim Ketiga (Astro Warna)

Rancangan Agama TV Terbaik - Sahabat Backpackers 2023 (TV3)

Rancangan Sukan TV Terbaik - Jom Dive Episod 1 (Okey TV)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - The Z Power Musim Ketiga (8TV)

Animasi Tempatan TV Terbaik - Ejen Ali Musim Ketiga (TV3)

PSA & Kapsul TV Terbaik - 6 Negeri Memilih (Astro Awani)

Montaj TV Terbaik - Salam Baitullah 2023 (Berita RTM)

Pengacara TV Terbaik - Fiza Sabjahan (TV3)

Pengulas TV Terbaik - Ahmad Fedtri Yahya (TV3)

Liputan Berita TV Terbaik - Tragedi Elmina (Astro Awani)

Buletin TV Terbaik - Berita Alhijrah (TV Alhijrah)

Liputan Khas Siaran Langsung Terbaik - Malam Penutup Majlis Tilawah & Menghafaz al-Quran Antarabangsa 2023

Penyampai Berita TV Terbaik - Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)

Wartawan TV Terbaik - Mohammad Zaim (TV Alhijrah)

Jurukamera TV MCP Terbaik - Mohd Hairul Izuan Aminuddin (Anugerah Juara Lagu 37)

Jurukamera SCP Terbaik - Rishigeysannambiar A/L Sivasangram (Tinta Syurga TV3)

Suntingan Rancangan TV Terbaik - Majalah Tiga : Tragedi Elmina (TV3)

Penataan Cahaya TV Terbaik - Pasir Puteh Mantanani (TV1)

Audio Rancangan TV Terbaik - Konsert Akhir All Star Gegar Vaganza (Astro Ria)

Kategori Radio

Drama Radio Terbaik - AG Sri Iskandar Bahrin; Sepanduk Ayah (Sabah FM)

Pelakon Drama Radio Terbaik - Datuk Fauziah Nawi

Pelakon Pembantu Drama Radio Terbaik - Beto Kusyairy

Hiburan Radio Terbaik - Melodi Nostalgia: Tribute P. Ramlee (Ai FM)

Skrip Drama Radio Terbaik - Rumah Merdeka (Selangor FM)

Buletin Radio Terbaik - Karmila Badri (TRAXX FM)

Rancangan Agama Radio Terbaik - 30 Hari Mencari Cinta Ilahi Bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa (Suria FM)

PSA dan Kapsul Terbaik Radio - Solidariti Palestin (Johor FM)

Penyampai Berita Radio Terbaik - Peter Carlos (TRAXX FM)

Majalah Radio Terbaik - Masih Ada Sinar Buat Pesakit Buah Pinggang (Bernama Radio)

Dokumentari Radio Terbaik - Evolving Unity (TRAXX FM)

Bicarawara Radio Terbaik - Nostalgia Dklasik: Datuk Rosnani Jamil (Radio Klasik)

Liputan Berita Radio Terbaik - Pemasangan Peranti Starlink (Keningau FM)

Pengimbangan Audio Radio Terbaik - Majlis Penutup Program Aspirasi Hari Malaysia (NEGERI FM)

Kategori Media Baharu

Drama Terbaik - Doh (TV3)

Drama Bersiri Terbaik - Kisah Cinta Phoebe & Ejoi (Astro)

Kandungan Video Terbaik - Eyo Hock Seng: Legasi Seni Wayang Kulit Kelantan (RTM)

Podcast Terbaik - Siti Mimah (TV3)

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain