BERITA penceraian penyanyi Ari Lasso tentunya mengejutkan rakan selebriti termasuk komposer Ahmad Dhani. Ahmad Dhani bagaimanapun dilihat menerima perkhabaran tersebut secara positif bahkah dia turut meraikan status duda sahabatnya. "Akhirnya kau merasa juga menjadi duda," katanya menerusi komen di Instagram. Netizen terhibur membaca komen Ahmad Dhani. Menjawab komen tersebut, Ari dalam nada berseloroh mengakui dia sedikit terlewat memegang status duda berkenaan. "Agak lambat sebenarnya," jawabnya. Sementara itu, rata-rata netizen terhibur melihat perbualan dua sahabat berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty tak mungkin berbaik dengan Ahmad Dhani, pesan anak-anak ingat ibu tiri dalam doa ARTIKEL BERKAITAN: Tidak lagi ambil minuman beralkohol, gaya hidup Ari Lasso berubah selepas pulih kanser limfoma Malah ada juga yang meluahkan rasa lega melihat sikap selamba Ari bergurau mengenai penceraiannya. Untuk info, Ari dan Ahmad Dhani pernah menganggotai kumpulan rock Dewa 19 pada 1991 sebelum penyanyi itu mengambil keputusan untuk keluar dan meneruskan kerjaya solo. Sebelum ini, Ari memaklumkan bahawa dia bekas isterinya iaitu Vitta Dessy secara rasmi bercerai sejak Februari lalu. Kedua-dua selebriti ini sudah bersahabat lama. Perkara tersebut didedahkan Ari menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Jumaat. Bagaimanapun Ari memilih untuk merahsiakan punca penceraian mereka dan meneruskan hubugan baik demi kebahagiaan anak-anak. Untuk rekod, Ari dan Vitta telah melangsungkan perkahwinan pada Februari 1999 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!