PENYANYI dan pelakon MK berkongsi berita duka atas pemergian bapanya iaitu Hamdan Abdul Razak pada pagi Ahad. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, turut memohon orang ramai untuk mendoakan Alllahyarham agar ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. MK memaklumkan pemergian bapa menerusi Instagram miliknya. "Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk bapa saya. Ya Allah, Ya Rabb, tempatkanlah Hamdan Abdul Razak (bapa) dikalangan orang-orang yang beriman," katanya. MK berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! MK dah jadi bapa, isteri selamat bersalin anak perempuan ARTIKEL BERKAITAN: Mempunyai maksud indah dalam Islam, MK pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung Dalam perkongsian tersebut, MK memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan keranda jenazah bapanya berada dalam sebuah kenderaan. Mk bagaimanapun tidak mendedahkan punca pemergian Allahyarham. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!