INDIVIDU yang melemparkan fitnah terhadap keluarga pelawak Shuib tampil membuat permohonan maaf atas hantaran berbaur fitnah di media sosial sebelum ini. Individu dikenali sebagai Thenadia itu berkata, dia menyedari tindakannya dilakukan mengikut emosi dan ia tidak sepatutnya berlaku. "Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka di atas hantaran yang dimuat naik sebelum ini, menyindir dan menyinggung Shuib sekeluarga. Thenadia (kanan) terbuka memohon maaf. "Saya sedar hantaran sebelum ini agak keterlaluan dan mengikut emosi, ia tidak sepatutnya dilakukan sama sekali," katanya. Thenadia membuat permohonan maaf itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instangram miliknya pada Sabtu. Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana memilih tidak lagi memanjangkan isu tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: “Cari aku sebelum peguam cari kau” - Shuib bengang dituduh ‘tunggang’ kematian Siti Sarah, individu mohon maaf sebar fitnah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah minta maaf tapi tarik balik, Shuib terpaksa heret netizen tabur fitnah ke mahkamah Wanita itu juga berjanji selepas ini akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang penulisan di media sosial. "Tiada alasan yang membenarkan perbuatan saya dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam penulisan selepas ini. "Sekali lagi saya dengan sepenuh hati ingin memohon maaf kepada semua pihak terkesan, khususnya Shuib sekeluarga. Perkongsian Shuib di Instagram sebelum ini. "Saya juga ingin berterima kasih kepada Shuib kerana tidak memanjangkan hal ini. Terima kasih," ujarnya. Sementara itu, Shuib menerusi Instastory miliknya memuat naik semula video tersebut dan menulis kapsyen ringkas dengan mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut. Sebelum ini, Shuib atau Shamira Muhamad, 40, tidak menerima permohonan maaf dibuat seorang individu yang menyebar fitnah membabitkan nama Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin di media sosial. Sebaliknya, Shuib meminta individu tersebut bersemuka dengannya atau berdepan tindakan undang-undang. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!