HAMPIR setahun kehilangan bonda tercinta, penyanyi Khai Bahar memberitahu Allahyarham ibu iaitu Rosnah Mohd ‘datang’ dalam mimpinya pada awal pagi Sabtu. Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata, meskipun ibunya hanya tersenyum namun dalam hati Allahyarham sempat berbisik memberitahu dia bangga dengan anak lelakinya seorang yang kuat. Kata Khai, dalam mimpi tersebut Allahyarham seakan-akan ingin menyampaikan pesanan untuk dia terus kuat dan menjaga adik-adiknya. Khai termimpikan arwah ibu pada awal pagi Sabtu. "Tadi balik dari kerja, sempat tidur mimpi mak. Dia senyum walau dia tidak bercakap. Dalam hati berkata, mak bangga dengan anak mak yang kuat. "Lepas ni mungkin kita akan lama tak jumpa, dia minta Khai terus kuat dan jaga adik-adik," katanya. Khai berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Khai Bahar meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar maafkan pemfitnah tuduh berseronok ketika arwah ibu sakit, mahu fokus perbaiki diri Dalam pada itu, Khai turut memuat naik foto Allahyarham dan mengucapkan selamat pagi serta berharap akan bertemu di syurga satu hari nanti. "Selamat pagi mak, nanti kita minum teh susu dekat syurga," ujarnya. Pada 3 Januari lalu, ibu Khai menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di kediamannya di Kangar, Perlis. Allahyarham meninggal dunia disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang yang dihadapinya sejak tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!