suria

Cik B puji Vida ibu hebat, usaha penuhi permintaan anak-anak

Cik B menghargai segala pengorbanan Vida (kiri) dalam membesarkan mereka adik-beradik.

PELAKON Cik B menyifatkan usahawan sensasi Datuk Seri Vida adalah seorang ibu yang hebat dan kuat kerana mampu membesarkan anak-anak dengan baik.

Menitip ucapan istimewa itu sempena ulang tahun Vida ke-53, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya kerana tidak pernah berhenti berdoa dan memberikan kebahagiaan buat dirinya dan adik iaitu Eric Zaquan atau lebih mesra disapa Kacak.

"Mama (panggilan Vida) yang hebat. Seorang ibu tunggal yang paling hebat dan kuat. Terima kasih selalu doakan Cik B, bagi apa yang Cik B nak tak pernah cakap tak boleh.

Cik B menitipkan ucapan hari lahir yang ke-53 buat Vida (kanan).

Cik B menitipkan ucapan hari lahir yang ke-53 buat Vida (kanan).

"Selalu percayakan Cik B. Sentiasa nak tengok Cik B dan Kacak (adik) bahagia. Sentiasa puji Cik B dan nak yang terbaik untuk Cik B. Saya sayang mama," katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, menerusi sebuah lagi video yang dimuat naik di Instagram milik Vida atau Hasmiza Othman, 53, usahawan berkenaan meluahkan rasa terharu apabila Cik B dan Kacak mengingati ulang tahun kelahirannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Vida hantar Cik B sambung belajar di Sepanyol, kos sebulan setengah juta... Anak tak bosan pergi London balik hari pun boleh

ARTIKEL BERKAITAN: Perbelanjaan bulanan Cik B RM300,000 sebulan, tak lagi minta izin Vida - “Boleh beli rumah teres setiap bulan”

Dalam perkongsian video tersebut, Kacak dilihat membawa sebiji kek dan meminta Vida untuk membuat hajat.

Malah, jutawan kosmetik itu turut mendoakan kebaikan untuk anak-anak sempena menyambut ulang tahunnya.

"Di hari kelahiran saya ini, saya mahu doakan kepada anak-anak saya, semoga menjadi anak yang soleh dan solehah, tak tinggal solat. Solat dalam keadaan kita tidak terpaksa dan dilakukan dengan khusyuk.

"Saya nak kejar akhirat dan saya rasa insya-Allah apa yang diperoleh sewaktu di dunia ini hanyalah bonus yang diberikan oleh Allah.

"Semoga hasrat dan impian saya kepada Cik B dan Kacak menjadi anak yang hebat dan berjaya termakbul," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain