suria

Alif Satar berhenti bersenam, kaut tahi kerbau atas jalan raya

Tindakan Alif membersihkan najis dipuji pengguna jalan raya tersebut.

TINDAKAN pelakon dan penyanyi Alif Satar mengaut najis kerbau yang bertaburan di atas jalan raya menerima pujian netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Alif atau Alif Mohd Satar, 34, dilihat tanpa rasa geli sanggup membersihkan najis tersebut menggunakan cangkul.

Difahamkan kejadian berlaku ketika Alif sedang melakukan rutin senaman hariannya di sekitar kawasan berkenaan.

Copy of Untitled - 2024-10-25T122117.712

Alif berkongsi video tersebut menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Tindakan mulia Alif itu turut menjadi perhatian beberapa individu yang melalui jalan raya berkenaan, malah ada juga yang sempat mengucapkan terima kasih.

Dalam pada itu, Alif sempat berseloroh bertanyakan gerangan pemilik haiwan tersebut.

Jelasnya, kehadiran kerbau di kawasan bandar dibimbangi akan mengundang bahaya kepada pengguna lalu lintas.

"Hari ini berbeza sikit sesi senaman aku, siapa punya kerbau ini? Baik mengaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar masih sama selepas 18 tahun, masuk fasa cari keseronokan dalam bekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert dan dokumentari kembara di Eropah, impian Alif Satar temu bual Zinedine Zidane dan Cat Stevens hampir terlaksana

"Siapa sangka tengah-tengah bandar urban pun ada tahi kerbau tengah jalan. Kalau tengah malam dia melintas, orang tak nampak memang bahaya," katanya menerusi kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap pelakon itu menunjukkan teladan yang baik demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain.

"Pahala pagi jumaat, memudahkan laluan orang awam. Terima kasih Alif.

"Next PRU kita undi Alif jadi wakil rakyat," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain