TAMPIL dalam sebuah band bernama Dunya, penyanyi Sharul Kamal akur karya dan pilihan muzik kumpulan itu kurang mendapat sambutan dalam kalangan pendengar arus perdana. Tidak pernah berputus asa, bagi Sharul atau Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 28, yang juga merupakan vokalis Dunya menganggap tumpuan kumpulan itu harus berubah ke arah peminat berbeza. "Rasanya lebih elok Dunya bergerak secara underground sahaja. Mungkin muzik kami lebih digemari oleh hati yang galau. Sharul kini bergerak di bawah pengurusan sendiri. "Ketika Dunya ditubuhkan, kami juga berdepan persaingan ramai artis baru termasuk dari media sosial dan sebab itu kami tenggelam. "Saya tak anggap kami tiada rezeki, cuma masanya belum sampai," katanya kepada mStar. Dunya merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh tiga orang termasuk Sharul selain dua lagi sahabatnya iaitu Tuah Johari (bes) dan Odot (dram). ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dah 9 tahun jadi artis tapi ada orang belum kenal Sharul Kamal, kena marah disangka Hafidz Roshdi ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bergerak solo... Sharul Kamal kini cuba nasib bersama band DUNYA - “Saya kena buat sesuatu yang lain” Ia ditubuhkan sekitar tahun 2021 dan bergerak dibawah pengursan Rhythm & Rhyme Entertainment yang merupakan syarikat milik pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy. Menamatkan kontrak bersama syarikat itu pada Februari 2022, Sharul dalam masa sama menegaskan tidak pernah wujud salah faham atau perselisihan di antara mereka. "Hubungan saya bersama Akim dan Stacy masih baik seperti dulu. Tidak pernah wujud istilah kami bermusuh. Saya tak anggap kami tiada rezeki, cuma masanya belum sampai SHARUL KAMAL PENYANYI "Jadi saya pun tidak tahu bagaimana timbul dakwaan jika ada yang katakan kami bermusuh. Saya masih main bola bersama Akim," ujarnya. Dalam perkembangan lain, kerjaya Sharul kini diuruskan sendiri oleh isterinya iaitu Amy selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Januari 2022. Sharul dan Tomok mengungguli minggu pertama FD4. Terbaharu Sharul juga merupakan salah seorang peserta program Fimili Duo musim keempat dan bergandingan dengan Tomok. Baginya program ini adalah platform terbaik untuk terus mengukuhkan namanya selepas sembilan tahun bergelar anak seni. "Dalam tempoh sembilan tahun jadi penyanyi masih ramai yang tak kenal nama saya. Harap selepas ini orang suah mula kenal Sharul Kamal," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!