PELAKON Riena Diana bengang apabila sepasang kekasih didakwa mencuri wang dan gelang milik ibu saudaranya. Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, gelang yang dicuri itu adalah barang kemas berharga yang dihadiahkan individu istimewa. "Awak kacau keluarga saya bermaksud awak cari masalah dengan saya! Riena bengang selepas mengetahui mak ciknya dirompak sepasang kekasih. "Tolong saya cari pasangan kekasih tak guna ini! Mereka curi duit dan gelang makcik saya. "Gelang itu sangat berharga sebab makcik saya sayang sangat kerana ia pemberian daripada seseorang," katanya. Riena berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana hampir menangis sebab terharu, Keith Foo buat kejutan beri hadiah iPhone 16 Pro Max ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadiah iPhone ada makna tersendiri, Keith Foo saksi kepayahan Riena Diana bergelar anak seni Pelakon itu turut berkongsi tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) yang berjaya merakam perbuatan pelaku di media sosial. Dalam pada itu, Riena memohon bantuan orang ramai menyalurkan maklumat mengenai suspek bagi mengesan mereka. Katanya lagi, pihak keluarga juga tidak akan menarik balik laporan polis yang dibuat jika suspek tidak mengembalikan barang yang dicuri. Riena mohon orang ramai bantu beri info tentang dua orang pencuri. "Saya minta tolong semua kalau sesiapa yang kenal, beritahu saya. "Jika pesalah-pesalah itu membaca kapsyen saya ni, sila tampil dan pulangkan barang itu dan baru kita tarik laporan. "Minta jasa baik semua untuk kongsi perkara ini sampai dapat jumpa pelaku tersebut," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!