suria

9 hari ‘Kak Long’ tunggu nak peluk Royal Abraham, gelagat anak Raja Ilya buat netizen tersenyum

Talita terpaksa menunggu lama untuk bertemu dengan adiknya yang baru lahir.

SELEPAS sembilan hari menanti, anak sulung pelakon Raja Ilya iaitu Talita Love akhirnya dapat berjumpa dan mendukung adik lelakinya yang dilahirkan pada 15 Oktober lalu.

Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 39, menjelaskan dia terpaksa mengambil masa lama untuk mempertemukan kedua-dua anaknya itu kerana Talita mengalami selesema.

Jelasnya, dia terpaksa mengasingkan kanak-kanak itu kerana bimbang penyakit berkenaan akan berjangkit kepada bayinya yang baru lahir.

Copy of Untitled - 2024-10-24T121810.662

Ilya berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Sejak beberapa hari masuk hospital, Talita tak sihat, dia macam kena separation anxiety sebab tak pernah berpisah dengan Ilya.

"Jadi empat hari Ilya kat hospital dia duduk dengan atuk nenek dia dan Trent. Terpaksa tunggu dari Jumaat nak peluk adik dia.

"Biasa la, budak-budak ini kalau sakit mesti cepat jangkit. Jadi kena berhati-hati sikit," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya selamat timang anak kedua, pilih nama Royal Abraham

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya hamil anak kedua, kandungan sudah masuk 5 bulan

Menerusi perkongsian di Instagram, Ilya berkongsi gelagat Talita mendukung adik lelakinya yang diberi nama Royal Abraham.

Talita dilihat cukup gembira dan tersenyum apabila dapat memeluk adiknya.

Apatah lagi, dia kini sudah tidak lagi keseorangan dan mempunyai 'geng' baharu untuk bermain bersama.

2966950

Keluarga Ilya bertambah dengan keahdiran seorang lagi cahaya mata lelaki.

"Pelukan pertama Kak long dengan adik dia, Royal Abraham. Harini baru pertama kali luangkan masa betul-betul dengan adik," tulis Ilya pada bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Ilya selamat bersalin secara pembedahan di Hospital Edward, Australia pada 15 Oktober lalu.

Untuk rekod, Ilya mendirikan rumah tangga dengan Trent Garret pada 2018 dan kini mereka menetap di Australia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain