suria

Tak tergamak minta sumbangan, Azlan Komeng dan isteri syukur bisnes sos dapat sokongan

Nilam dan Azlan tidak terfikir mahu membuka tabung sumbangan bagi meraih pendapatan.

ISTERI pelakon Azlan Komeng menjelaskan dia dan suaminya tidak pernah terfikir mahu membuka tabung sumbangan bagi meraih wang untuk kelangsungan hidup.

Isteri Azlan iaitu Nur Nilam Ortiz, 46, berkata, walaupun mereka berdua sedang berdepan ujian akibat kemalangan jalan raya namun percaya dengan kuasa Allah SWT berhubung soal rezeki.

"Ramai tanya kami tak buka tabung sumbangan ke? Kami tidak ada buka tabung sumbangan.

size NP 1 - 2024-10-23T153836.673

Nilam kini giat berniaga di aplikasi TikTok.

"Insya-Allah, Allah akan cukupkan keperluan kami. Allah hadirkan orang-orang baik untuk sokong perniagaan sos kami, Alhamdulillah," katanya.

Nilam berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya pada Rabu.

Berkongsi lanjut, Nilam percaya dengan berkat usaha berniaga secara kecil-kecilan mampu menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

"Kami tiada perancangan buka tabung sumbangan ke apa, insya-Allah cukup sekadar kami berniaga secara kecil-kecilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng tunai janji sebagai suami, kemalangan ngeri jawab semua persoalan terbuku di hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng patah kaki dan tangan, isteri cerita detik cemas terlibat kemalangan - “Dia guna badannya lindungi saya daripada dirempuh”

"Suami ada kata hasil berniaga dan sokongan orang ramai membeli mungkin boleh tampung beli lampin, susu dan sebagainya," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pasangan ini dipermudah urusan selain menyokong perniagaan kecil-kecilan dilakukan mereka.

Pada 11 Oktober lalu, Azlan dan Nilam terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis, Pahang.

Kenderaan jenis Perodua Kancil dipandu pasangan itu bertembung dengan sebuah trak polis sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan.

size NP 1 - 2024-10-23T153955.395

Kehidupan Nilam dan Azlan diduga selepas alami kemalangan ngeri.

Azlan atau Muhammad Azlan Kamiran, 48, mengalami patah pada bahagian tangan kanan dan kedua-dua belah kaki sehingga terpaksa jalani pembedahan manakala Nilam hanya cedera ringan.

Selepas prosedur pembedahan berkenaan, Azlan dilaporkan berisiko lumpuh andai kaki kirinya tidak dijaga dengan baik.

Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain