suria

Peluang langsai hutang disia-siakan, bekas pekerja respons selepas Azza Elite upload wajahnya di IG

Azza masih memberi peluang untuk bekas pekerjanya melunaskan bayaran.

TINDAKAN penyanyi Azza Elite mendedahkan wajah bekas pekerjanya yang didakwa mencuri wang hasil jualan kek coklat mendapat respons segera daripada individu terbabit.

Azza atau Nor Azzarima Zawari, 47, berkata, dia menerima panggilan daripada bekas pekerjanya itu yang berjanji akan memulangkan semula wang miliknya selain meminta maaf atas kesilapan dilakukan sebelum ini.

Malah lelaki tersebut turut meminta Azza memadam fotonya yang dimuat naik di Instagram.

"Selepas saya muat naik fotonya di Instagram, dia ada menghubungi saya untuk meminta menurunkan foto tersebut.

Azza memuat naik foto bekas pekerjanya yang didakwa mencuri di Instagram miliknya.

Azza memuat naik foto bekas pekerjanya yang didakwa mencuri di Instagram miliknya.

"Dia minta maaf dan memberitahu sedang berusaha untuk membayar semula wang tersebut," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Azza berkata, dia tidak akan memadam foto tersebut kerana mahu melihat lelaki itu mengotakan janjinya terlebih dahulu.

Kata Azza, jika lelaki itu membuat bayaran seperti dijanjikan, dia tidak keberatan memadam fotonya.

"Saya belum pasti sama ada mahu padam kerana perkara ini bukan atas keputusan saya seorang. Saya perlu berbincang dengan suami mengenainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja ‘songlap’ duit jual kek, Azza Elite kesal layanan baik dibalas mencuri

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau berlembut, orang pijak kepala kita” - Pemilik butik langsai hutang selepas Azza Elite buat laporan polis

"Saya mahu melihat kesungguhan dia... kalau dia buat bayaran pertama, saya akan padam foto tersebut. Saya masih beri dia peluang," jelasnya.

Azza juga sudah membuat laporan polis pada awal Oktober lalu dan memberikan tempoh selama dua minggu untuk bekas pekerjanya itu melangsaikan hutang tersebut.

Namun peluang yang diberikan tidak diendahkan sehingga memaksanya bertindak berkongsi info tentang individu terbabit berserta fotonya.

"Saya sudah buat laporan polis pada awal Oktober lalu. Pihak berkuasa pun menasihatkan saya untuk memberi peluang kepada individu tersebut membayar semula.

Dia minta maaf dan memberitahu sedang berusaha untuk membayar semula wang tersebut.

AZZA ELITE

PELAKON/PENYANYI

"Saya sudah beri dia tempoh dua minggu untuk bertanggungjawab namun belum ada sebarang bayaran diterima.

"Sebenarnya saya tidak mahu berkongsi foto dia tetapi atas nasihat kawan-kawan dalam usaha mendapatkan kerjasamnya membayar duit kami," ujarnya.

Azza juga tidak teragak-agak mengambil tindakan selanjutnya sekiranya peluang diberikan ini disia-siakan.

"Saya masih lagi beri dia peluang jadi kita lihat usaha dia bayar semula wang tersebut.

Azza terkilan mengenangkan pekerja yang tidak bertanggungjawab.

Azza terkilan mengenangkan pekerja yang tidak bertanggungjawab.

"Cuma kalau tidak bayar juga saya terpaksa ambil tindakan lanjut," katanya.

Pada 8 Oktober lalu, Azza meluahkan rasa kesal dengan tindakan pekerjanya mencuri wang hasil jualan kek coklat diusahakan.

Kata Azza, pekerja itu menukarkan kod QR yang mana setiap hasil jualan terus ke akaun peribadinya.

Individu tersebut dipercayai sudah melakukan perbuatan itu selama tiga bulan tanpa dia sedari.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain