SETAHUN mendirikan rumah tangga, penyampai radio Fizi Ali memberitahu isterinya berjaya mengembalikan senyumannya yang 'hilang' sebelum ini. Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 35, berkata, isterinya iaitu Siti Zulaikha pernah membuat janji itu dan sentiasa berdoa agar jodoh di antara mereka kekal sehingga ke akhir hayat. "Alhamdulillah setahun usia perkahwinan kita dan saya sentiasa doakan jodoh kita sampai akhir usia. "Ingat lagi awal-awal dulu awak janji awak akan dapatkan balik senyuman lama saya dan betul senyuman itu dah kembali," katanya. Fizi kini bahagia bersama Zulaikha. Fizi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Rabu. Dalam perkongsian tersebut, Fizi turut memuat naik video dia dan Zulaikha sedang bersembang di dalam kereta sambil isterinya menangis terharu. Penyampai radio itu juga turut menghadiahkan sejambak bunga untuk isteri tercinta. Sementara itu, Fizi memberitahu dia mahu memperbaharui janji-janji cinta pada setiap tahun untuk menguatkan lagi ikatan cinta mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Enam jam bertarung nyawa, isteri Fizi Ali selamat bersalin anak perempuan secara normal ARTIKEL BERKAITAN: Sweetnya ucapan Fizi Ali untuk isteri, kini sudah mampu senyum gembira sejak kehadiran Zulaikha Fizi turut mengucapkan terima kasih buat Zulaikha dan mengungkapkan rasa sayang kepada isterinya itu. "Pejam celik pejam celik sampai dah masa kita untuk perbaharui balik janji-janji kita. "Setahun sekali kena ada momen kita berjanji kembali untuk kuatkan balik rasa sayang dan cinta itu. "Terima kasih sayang, semoga hubungan kita diberkati Allah. Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Saya sayang awak," ujarnya. Untuk rekod, Fizi mendirikan rumah tangga dengan Zulaikha pada 23 Oktober tahun lalu. Fizi dan Zulaikha menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada Julai lalu. Sebelum ini, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Mereka mempunyai seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 5 tahun. Zulaikha juga memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!