PELAKON Fattah Amin memilih untuk tidak menerima wang komisen hasil daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan. Sebaliknya Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menyalurkan wang tersebut sebagai sumbang infak kepada golongan memerlukan. Menerusi tangkap layar perbualan dengan syarikat berkenaan Fattah meminta pihak pengurusan mengendalikan niat murninya itu. Fattah terlibat dalam penggambatran promosi produk makanan. “Alhamdulillah terima kasih boss. Cuma komisen itu nak minta team uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan” katanya. Perkara tersebut dikongsi oleh jenama makanan Pat Mat Western yang mengeluarkan produk makanan perap. Melihat daripada nilai komisen yang dikaburkan dipercayai ia berjumlah ribuan ringgit. ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin buat live TikTok dapat 20 juta likes, 50,000 tontonan ARTIKEL BERKAITAN: Digelar ‘duda hot’, Fattah Amin terharu ramai bagi sokongan... Mahu fokus karier dan anak Hantaran yang dibuat oleh pihak berkenaan juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada orang ramai. “Dia (Fattah) tolak komisen dan tak ambil satu sen hasil penat lelah menjual kambing. Tindakan Fattah mendapat pujian ramai. “Dia yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia,” ujar pihak berkenaan. Sebelum ini Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di sosial media. Bukan hanya bercakap tentang produk tersebut, malah dia juga turut bekerja melayan pelanggan yang hadir ketika menjalani penggambaran. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!