suria

Ikmal Amry pasang angan-angan menang anugerah, tapi sedar diri perlu baiki lakonan

Ikmal mengakui masih banyak yang perlu dipelajari sebelum mengenggam anugerah.

MEMASANG impian untuk menggenggam anugerah, pelakon Ikmal Amry bagaimanapun menyedari masih banyak ilmu dalam bidang lakonan yang perlu dipelajari.

Sedar kemampuan diri, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 30, berkata dia melihat perjalanan pelakon Aedy Ashraf yang hanya merangkul anugerah selepas 24 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.

"Daripada awal berlakon, berangan itu ada untuk memenangi anugerah macam kawan-kawan (Aedy) saya semua menang.

ikmal2 - 1

Ikmal menyimpan hasrat untuk merangkul anugerah dalam bidang lakonan.

"Tapi macam saya cakap saya sedar diri kerana banyak lagi yang perlu saya belajar dalam bidang lakonan ini. Malah Aedy pun tunggu selama 24 tahun untuk menang sebuah anugerah.

"Saya banyak ambil pengajaran daripada kisah orang lain, saya hanya buat sehabis baik dalam setiap tawaran yang diterima dan anggap pengiktirafan ini sebagai bonus. Kalau ada, ada tapi kalau tak ada tak mengapalah kita cuba lagi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ikmal memberitahu dia menyedari dirinya bukanlah seorang yang mempunyai bakat lakonan yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘From Saga With Love 2’ di Viu 17 Oktober... Temui Ikmal Amry, Siti Khadijah Halim, Hun Haqeem di tiga lokasi terpilih

ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry reda kena kecam, hanya berkarya dalam filem ‘Pulau’... “Saya tak buat apa-apa salah”

Namun pelakon drama From Saga With Love 2 itu tidak patah semangat untuk memperbaiki mutu lakonannya setiap hari.

"Maksud sedar diri itu saya bukan lahir dengan bakat dalam lakonan. Saya masuk dalam bidang hiburan, saya belajar untuk jadi pelakon daripada bawah. Bukan terus pandai berlakon.

"Lima tahun pertama pembabitan saya dalam bidang lakonan memang agak teruk dan selepas itu baru ada perkembangan kerjaya lakonan.

Saya sedar diri kerana banyak lagi yang perlu saya belajar dalam bidang lakonan ini.

IKMAL AMRY

PELAKON

"Saya sedar diri. Mungkin juga bila dah kahwin ini kurang sikit diterima peminat tetapi saya tidak fikir semua itu. Saya hanya buat kerja sehabis baik, kalau orang suka drama itu mereka sokong dan kalau tidak, kita cuba untuk buat drama lain," ujarnya.

Sementara itu, Ikmal tidak bersetuju dengan pandangan sesetengah pihak menyatakan kehadiran pelakon baharu memberikan saingan sesama mereka.

Dalam hal ini, Ikmal percaya anak seni perlu melalui proses turun naik dalam industri hiburan.

ikmal1 - 1

Ikmal sentiasa berusaha memperbaiki seni lakonan.

"Saya tak anggap semua ini saingan sebenarnya kerana bumi ini berputar. Umur kita semakin meningkat, akan ada muncul pelapis baharu.

"Pelakon baharu sekarang ini juga akan lalui apa yang saya lalui sebelum ini. Itu namanya proses yang anak seni akan lalui.

"Mereka (pelakon baharu) juga akan berkahwin, akan ada anak cuma saya beruntung walaupun saya sudah berkahwin saya masih diberi peluang membawakan watak-watak orang muda," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain