suria

[V] Lama kunci mulut, akhirnya Bunga Isme mengaku sudah berkahwin tahun lalu

PENYANYI Bunga Isme akhirnya mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri pada tahun lalu.

Enggan berkongsi lanjut mengenai perkahwinan mereka, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, menganggap pernikahannya itu adalah ketentuan dan rezeki selepas dia menamatkan pengajian di universiti.

"Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini (berkahwin) dan semua urusan dipermudahkan.

size NP 1 - 2024-10-22T163742.594

Bunga sudah bergelar isteri kepada Amzar pada tahun lalu.

"Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu.

"Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal," katanya kepada mStar.

Bunga berkongsi perkara itu menerusi sidang media Majlis Pelancaran Warner Music Festival yang diadakan di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Bunga berkata dia sendiri tidak menyangka bakal berkahwin di usia muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Status ‘kami bersatu akhirnya’ undang tanda tanya, Bunga Isme jawab spekulasi sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Empat tahun bercinta, keluarga kekasih sudah datang merisik Bunga Isme... Akui belum sedia kahwin

Memandangkan dia dan suami sudah lama berkawan, mereka sepakat untuk menghormati permintaan kedua belah keluarga untuk mengakhiri hubungan tersebut dengan pernikahan.

"Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga.

"Lagi pun kami (dengan Amzar) sudah berkawan sangat lama dan kerana itu bersetuju untuk mengakhiri hubungan ini dengan perkahwinan.

"Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya. Majlis pula diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja," ujarnya.

Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu.

BUNGA ISME

PENYANYI

Ditanya tentang pilihan mendirikan rumah ketika nama sedang meniti puncak kerjaya, Bunga berkata dia memandang daripada sudut positif dan percaya kepada rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Penyanyi lagu Intan Payung ini bagaimanapun berkata dia belum merancang untuk menimang cahaya mata namun tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak lebih awal.

"Kalau nak cerita tentang kemuncak karier saya sangat percaya dengan rezeki tuhan, saya sangat yakin dengan rezeki tuhan disebabkan itu saya tak teragak-agak untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

"Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya.

"Namun kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal," katanya.

size NP 1 - 2024-10-22T163640.213

Bunga serahkan rezeki anak pada Allah SWT.

Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama Amzar meraikan 1 Syawal.

Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka kini sudah sah bergelar suami isteri.

Bunga bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hal demikian dan berkata akan berkongsi mengenai perkara tersebut dalam masa terdekat.

Sebelum ini, ketika temu bual bersama mStar, Bunga memberitahu keluarga Amzar sudah datang merisik pada Februari tahun lalu.

Malah, mereka memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain