suria

M Nasir berjaya pujuk Joey Daud, bakal muncul lagu baharu kolaborasi rapper Sabah

Joey pernah bernaung di bawah syarikat rakaman milik M Nasir (kanan).

TAMPIL menyertai program nyanyian Famili Duo musim keempat (FD4), pelawak dan pelakon Joey Daud berharap ia juga bakal menjadi permulaan untuk mengembalikan semula namanya sebagai penyanyi.

Malah, Joey atau Zulkifli Daud, 51, berkata setelah sekian lama tidak aktif dalam bidang nyanyian, dia bakal tampil dengan sebuah lagu baharu yang kini masih dalam proses pembikinan.

Lebih menarik lagi lagu tersebut merupakan ciptaan individu yang pernah mengangkat bakat Joey iaitu komposer Datuk M Nasir.

joey 33

Joey mahu kembali aktif menyanyi.

"Sudah lama saya tidak menyanyi. Saya mula sebagai penyanyi jadi apa salahnya saya tutup mata dengan kerjaya nyanyian.

"Saya akan tampil dengan sebuah lagu baru. M Nasir berjaya pujuk saya untuk rakamkan lagu bersama syarikat Luncai Emas (milik M Nasir).

"Lagu tersebut masih lagi dalam proses pembikinan dan hampir siap 80 peratus. Saya digandingkan dengan seorang gitaris hebat dan seorang rapper asal Sabah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Empat kali Naqiu pujuk, akhirnya Joey Daud setuju sertai ‘Famili Duo 4’... Mahu kembali aktif menyanyi

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan Joey Daud dapat sorakan, pasangan Naqiu di Famili Duo 4 akhirnya terjawab

Sebelum aktif sebagai pelakon, pelawak dan pengacara Joey sebenarnya memulakan kerjaya seni dalam bidang nyanyian sekitar tahun 1992.

M Nasir merupakan orang yang bertanggungjawab membuka jalan Joey sebagai penyanyi selepas bakatnya mula disedari dalam satu pertandingan.

Saya mula sebagai penyanyi jadi apa salahnya saya tutup mata dengan kerjaya nyanyian

JOEY DAUD

PENYANYI/PELAKON

Joey juga pernah menjadi vokalis kumpulan Exists selepas Ezad Lazim mengundurkan diri.

Menerusi penglibatan dalam FD4, Joey bergandingan dengan penyanyi Naqiu apabila kejutan pengumumannya sebagai salah seorang peserta pada minggu pertama konsert yang berlangsung pada Ahad.

Mendapat sorakan penonton yang hadir, mereka juga memberikan persembahan terbaik menerusi lagu Sinaran (Datuk Sheila Majid) dan Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak).

joey 4

Joey bergandingan dengan Naqiu di pentas FD4.

Meskipun mendapat komen yang kurang memberangsangkan daripada juri tetap, namun Joey menganggap ia adalah permulaan terbaik buat dirinya dan Naqiu.

"Saya okey sahaja dengan komen juri. Ini adalah satu permulaan dari saya," ujarnya ringkas.

Sementara itu, Naqiu ketika ditemui juga mahu bertanggungjawab untuk menaikkan semula nama Joey sebagai penyanyi dan disebabkan itu dia memilih saudaranya itu menjadi pasangan duet.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain