BERDEPAN beberapa konflik perhubungan, pelakon Yazmin Aziz mendedahkan kisah percintaannya dengan atlet bola keranjang Hong Kong sudah pun berakhir. Kata Yazmin, 23, hubungan jarak jauh menjadi salah satu punca mereka menamatkan hubungan cinta yang terjalin. "Apa yang saya boleh katakan, kami sudah lama berpisah tapi tidak mahu hebohkan tentang perkara ini. "Sejujurnya saya tidak ingat bila kami berpisah tetapi sejak sebelum raya tempoh hari memang kami sudah berdepan dengan beberapa masalah. Yazmin akui hubungan jarak jauh menjadi punca berpisah dengan teman lelaki. "Ya hubungan jarak jauh antara sebab saya tidak boleh mempertahankan hubungan ini," katanya kepada mStar. Sebelum itu, Yazmin ada memuat naik ruangan soalan yang dibuka kepada pengikut di Instastory miliknya. Menerusi perkongsian itu, netizen bertanyakan kepada penyanyi berkenaan adakah dia kini sudah kembali solo. Dalam pada itu, Yazmin memberitahu dia dan teman lelaki yang dirahsiakan identiti mengambil keputusan untuk berpisah secara baik sewaktu bertemu di Hong Kong. ARTIKEL BERKAITAN: Tarik diri ‘Famili Duo 4’, Yazmin Aziz percaya ada rezeki lain menanti... Tetap sokong Didi dan Thamiera ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz tak sabar sambut Ramadan dengan kekasih, mahu latih puasa dan ajar tentang budaya Meskipun sudah tiada sebarang ikatan, Yazmin berkata dia tidak keberatan untuk menjalinkan hubungan sebagai seorang sahabat, namun menghormati keputusan bekas kekasih yang memilih untuk tidak mahu lagi berhubung. "Ya kami bertemu di Hong Kong untuk berbincang tetapi sewaktu saya mahu pulang ke Kuala Lumpur, kami buat keputusan untuk tidak meneruskan lagi hubungan ini. "Kalau ikutkan boleh sahaja untuk kami teruskan hubungan sebagai sahabat tetapi bekas kekasih saya meminta untuk saya memahami situasinya yang sukar untuk melupakan hubungan kami sekiranya masih berhubung di media sosial," ujarnya. Ya hubungan jarak jauh antara sebab saya tidak boleh mempertahankan hubungan ini. YAZMIN AZIZ PELAKON Sementara itu, penyanyi lagu Lihatlah ini mengakui tidak serik untuk menjalinkan hubungan cinta kembali. Yazmin bagaimanapun berkata buat masa ini dia mahu memberikan keutamaan kepada kerjaya dalam bidang nyanyian. "Saya biarkan takdir yang menentukan segalanya. Kalau ada calon yang sesuai kenapa tidak? Sama ada bersama lelaki atau tidak, memang saya akan tetap fokus kepada kerjaya saya. Yazmin mahu memberikan fokus terhadap kerjaya selepas tamat belajar. "Sebelum ini saya sibuk dengan pelajaran dan selepas tamat belajar, saya kini mahu memberi keutamaan buat kerjaya nyanyian. "Saya kini sibuk menyiapkan lagu baharu dan melancong ke negara yang belum pernah dikunjungi," katanya. Untuk rekod, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Nixon Guylherme pada Julai 2021, namun berpisah tiga bulan kemudian. Kata Yazmin, perbezaan budaya antara faktor yang membuatkan mereka memilih untuk berpisah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!