suria

Zaki Yamani ada sebab tolak tawaran universiti awam, mula sesuaikan diri sebagai mahasiswa 

Zaki percaya keputusan memilih universiti swasta dirasakan pilihan terbaik.

BERAT hati melepaskan tawaran memasuki ke sebuah universiti awam, penyanyi Zaki Yamani menjelaskan keputusan itu dibuat kerana memikirkan karier seninya.

Zaki atau Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 18, percaya keputusan melanjutkan pelajaran di universiti swasta dirasakan pilihan terbaik memandangkan dia dapat memberi fokus kepada akademik dan nyanyian serentak.

"Universiti awam memang kita tahu ia institusi yang berprestij, ikutkan hati saya nak masuk ke sana tetapi saya fikirkan kerjaya saya juga.

553 (34)

Zaki masih menyesuaikan diri sebagai mahasiswa.

"Sebagai penyanyi kadang-kadang tawaran membuat persembahan itu tak menentu, apa yang saya faham universiti awam ada peraturan yang agak ketat dari segi kehadiran.

"Manakala universiti swasta pula lebih fleksibel dan senang saya nak fokus kepada dua-dua bidang," katanya.

Zaki berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara mStar Birthday Splash yang berlangsung di Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada Sabtu.

Baru empat minggu bergelar mahasiswa, Zaki menyifatkan pengalamannya setakat ini cukup menyeronokkan terutama bertemu rakan baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zaki Yamani tunjuk bukti dapat tawaran masuk UiTM tapi ada sebab pilih universiti swasta

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun ‘hilang’ bukan tiada job, Aniq rehat panjang demi pengajian di universiti

Tambahnya, pensyarah juga turut memahami kariernya sebagai penyanyi sekiranya terpaksa memenuhi undangan persembahan pentas.

"Alhamdulillah selepas melalui empat minggu belajar di universiti, ia sangat menyeronokkan. Saya pun dapat jumpa dengan kawan-kawan yang baik-baik dan satu kepala.

"Kalau ada tawaran buat persembahan ketika kelas, saya minta kebenaran pensyarah untuk tidak hadir dan mereka okay saja!," ujarnya.

Berbeza dengan zaman sekolah, Zaki kini bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan jadual sendiri tanpa pertolongan ibunya.

Universiti swasta pula lebih fleksibel dan senang saya nak fokus kepada dua-dua bidang.

ZAKI YAMANI

PENYANYI

"Dulu ketika sekolah menengah, ibu saya yang susunkan jadual saya tetapi selepas dan menjadi pelajar universiti ini saya kena buat segalanya sendiri.

"Awal-awal itu susah sikitlah, tetapi lama kelamaan itu saya dah biasa. Umur dah 18 takkan nak harap bantuan ibu lagi," jelasnya.

Sebelum ini Zaki mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas beberapa alasan.

Zaki memaklumkan dia sanggup berhabis RM40,00 bagi memenuhi hasrat meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan muzik di sebuah universiti swasta.

Copy of Untitled - 2024-10-20T140901.613

Zaki antara selebriti yang hadir memeriahkan acara mStar Birthday Splash.

Dalam perkembagan lain, Zaki merupakan antara lima selebriti popular yang memeriahkan acara mStar Birthday Splash bersama 100 pembaca bertuah.

Selain beramah mesra dan melibatkan diri dalam permainan Amazing Race bersama pembaca mStar, Zaki turut menghiburkan peminat dengan lagu nyanyian bapanya Datuk Jamal Abdillah berjudul Gadis Melayu.

Selain Zaki, mStar Birthday Splash turut dihangatkan dengan kehadiaran Aisha Retno, Ismail Izzani, The Gadys dan Ryan Bakery.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain